BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 27 Februari 2011

Selsema Menyerang!

Salam guys....

Hehhehehe macam biasa lah aku, dalam sehari kalau ada mood aku bleh buat entri sampai 3 sekaligus. Owh ya, dalam entri aku yang lepas aku tak mention pun kan, last 18th and 19th Majlis Resepsi siapa kan? Tu Majlis resepsi sepupu aku. Kiranya sepupu yang rapat membesar sama-sama dan umur kami juga sama. 

Kini! Kini aku sendiri yang masih lagi single. hehehehehe. Apa-apa pun jodoh itu bukan kah di tangan tuhan. So aku terima dengan redha. Siapa tau rezeki aku kan? Tahniah aku ucapkan buat sepupu ku PUAN RAHMAH dan pasangannya EN. FAUZI. Moga-moga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Dan aku pun nak tiru gak mesej orang-orang veteran ni, cepat-cepat dapat anak. Suke! Suke!

Saat aku menulis entri ini, aku selsema laaa... dah pakai size 10 nie, asyik meleleh jerk cecair dari idung aku ni. tapi lom la kaler ijo lagi. ( Pengotor punya statement!) hahahha. Ok lah guys, dalam aku selsema nie, ada hati lagi nak p pekena ABC. Macam tak sakit je kan. Pas tu ada hati lagi nak p Karaoke, macam kepala tak sakit kan??? Ala... member aku yang bakal jadi pengantin tak lame lagi yg beria-ia mengajak aku p kuar ni. Aku pun on je la... Sebelum kerusi patah, TV kat umah aku pecah lebih baik aku kuar kan?  

Chow!  Accchhhewww! ---> alhamdulillah

WALIMATULURUS - 18 & 19 FEB 2011

Assalamualaikum w.b.t semua...

Alhamdulillah selesai dah majlis walimatulurus. Seronok? Bahagia? aih.... tentulah seronok dan bahagia ye tak? Almaklumlah, segala-segalanya sudah halal, status pun dah bertukar dari cik ke puan. Dah jadi isteri orang dan bukan nya anak dara orang lagi. Kalau bercakap bab komitmen, for sure komitmen juga bertambah. 

Erm,.... nak cakap apa lagi yer? dah ketandusan idea ni. huhuhuhuhu Ok lah, aku share serba sedikit berkenaan walimatulurus ni yang aku dapat dari WIKIPEDIA dan hikmatun wordpress.Sambil-sambil tu, aku selitkan gambar-gambar di hari bahagia tersebut. Saja nak share, kot-kot dapat memberi idea kat bakal-bakal pengantin kat luar sana. 


Tujuan :


Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Pelamin bertemakan warna putih dan ala-ala dalam taman di Dewan Suarah Miri

Agenda Walimatulurus

Menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Yang nie pulak pelamin kat rumah
Asyik tengok pelamin je kan? Pengantin pun nak tengok la jugak tul tak... OKAY...  Jap eh...

Pengantin Perempuan bersama ibunya. Cantek kan????

Tahniah kepada kedua-dua mempelai !

P/s: mesej orang veteran "moga cepat-cepat dapat anak"mesej aku buat sepupu ku " Semoga berbahagia di dalam menempuhi dunia baru & hingga ke akhir hayat hendaknya"




Isnin, 14 Februari 2011

IT'S NOT EASY

Salam....

Sememangnya di dalam dunia ini tidak ada yang mudah. Tidak ada yang akan datang bergolek dan tidak akan ada yang datang melayang. Kalau terlalu mudah maknanya aku cuma akan mengecapinya seketika. Korang percaya tak? Korang tak nak percaya sudahlah... itu yang aku alami selalu. Mungkin jugak memang aku tidak mempunyai rezeki untuk mengecapinya lama-lama namun, sekurang-kurangnya aku pernah melaluinya. Walau tidak seindah mana tapi aku dah melalui dan aku nampak baik buruknya. Tapi aku juga manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan.

AKU SOLEHAH?

Pasti ada yang tergelak besar bila baca statement aku. Ya... orang yang akan tergelak besar itu adalah org yang baru saja mengatakan aku "lawa", "itu hak awak"... ya kamu dan mungkin kamu. Aku tak lah kecil hati , mahupun terasa. Itu pandangan anda, aku tak mampu mengubahnya dan aku tak kan sama sekali menipu diriku hanya semata-mata mahu mengubah persepsi kamu terhadap diriku. Terserahlah...Dan, kamu yang tengah senyum sumbing itu pasti sedang berkata-kata " hek eleh... baru update blog pasl VALENTINE DAY dah mengada2"... dan sekarang kamu pasti berkerut dahi dan berkata "Eh.... dia marahkan aku ke?" "Apa pulak salah aku kali ni???" HIHIHIHIHI... as if die tengah membaca blog aku. Alaa apa barang die nak baca blog aku. Ok lah... berbalik kepada statement AKU SOLEHAH? belum... tapi aku tidak malu mengatakan yang aku mahu menuju ke arah itu, tidak malu aku mengatakan yang aku berusaha ke arah itu, walau ada ketikanya aku tewas tapi alhamdulillah aku cepat tersedar dari khayalan ku.

AKU CEPAT MARAH?

Yes... aku memang cepat marah... dan aku dikategorikan orang yang kurang penyabar. Aku orang yang telus dan sangat-sangatlah mudah terasa. Ya kamu... kamu yang tengah mengangguk-angguk kepala tu, atau paling tidak mengiyakan saja di dalam hati. Kamu cukup mengenali saya, masakan tidak mengenali lagi. Luar mahupun dalam, hati budi saya juga kamu tahu. Maka dengan itu, kamu rasa kamu layak untuk memperlekehkan saya bukan? huhuhuhu... Satu perkara lagi kamu mungkin terlepas pandang, baran ku cepat tapi aku jugak cepat cool. Aku cuba untuk berubah ok... untuk kebaikan aku jugak kan? Tapi aku tak marah sembarangan la.hahhahahaha

AKU SENSITIF?

Ya... aku cukup sensitif kebelakangan ini. Entah kenapa tapi aku memang sensitif gila-gila. Angin perempuan lah katakan. Tapi, aku memang terasa. Terasa terhadap kamu. Ya kamu, kamu yang mengatakan aku "lawa". Kenapa? Ntah lah.... sebab aku dapat rasakan yang kamu ada menyembunyikan sesuatu. Apa dia? Ntah... aku cuma rasa2 saja. Tak payahlah kamu nak sembunyi-sembunyi dari aku lain kali. Kamu bebas.. bak kata kamu sebentar tadi... ITU HAK AWAK. hahhahahaha

AKU GILA?

Gilakan kek coklat, gila kan burger banjo dan gilakan game big money. Tu je yang aku gilakan setakat ni. Aku masih waras lagi. Aku juga gila kerja. 

Owh... jauh tersasar topik di atas dengan huraian aku. Lagi aku terkenang " tu lah.... buat rangka dulu" kata cikgu Nelson Tandang. huhuhhuhu.... Cikgu, saja jak cikgu... ya intro bah. Oppps... tercampur bahasa rojak. Awak semua tau... tiada yang mudah dalam dunia ini selagi kita tak nak berusaha dan mempermudahkan sesuatu itu dengan jalan yang betul. Kadang-kadang aku mengeluh... tapi ahernya aku sedar... buat apa nak susahkan dan peningkan kepala kan. Jangan susahkan benda yang susah betul? Fikir positif. 

IT'S NOT EASY TO BE ME!

That is way.... i used to share my feeling and then i read it. Why must u share in this blog? dont u have ur own diary? how could u let others read ur feeling. Sebab nya... mungkin dengan menulis dan meluah perasaan aku sendiri di blog, akan ada insan2 terbaca luahanku secara tidak sengaja dan siapa tau ada yang akan dapat iktibar. Mungkin lah... mungkin orang itu akan berkata " Owh aku tidak keseorangan, rupa-rupanya ada lagi yang mengalami masalah seperti aku." barangkali lah... 

Aku bukan superhero, adiwira mahupun seorang artis. Tapi aku manusia biasa yang adakalanya merasakan tiada yang mudah dan putus asa. Ya... ITU HAK Awak... katanya lah. Tapi, aku sama sekali tidak akan beralah dengan diriku, kalau aku mau berjaya, mau senang, mau yang mudah... itu bukan hidup. Hidup ini penuh cabaran, dan penuh dengan komplikasi. huhuhuhu ntah apa-apa ntah..

Ahad, 13 Februari 2011

VALENTINE DAY?

Salam all... ari ni nak share lah satu info berkenaan VALENTINE DAY. Hari yang kekadang penah lah ku angan-angan kan. TAPI.... aku sedar bahawa Valentine Day tu haram untuk menyambutnya di sisi ISLAM. Alhamdulillah jugak lah yang aku tak berkesempatan nak celebrate hari itu. huhuhuhu Coz... percintaan aku tak pernah ada... kalau ada pun 5 tahun yang lalu dan aku tak menyambutnya. Cuma sekadar ucapan sahaja. So... aku share la kat korang satu info yang aku dapat dr member aku. Suka atau tak itu hakikatnya. Aku kolot kah? lantaklah... yang WAJIB kita sambut adalah MAULIDUR RASUL... itu yang lebih layak untuk kita raikan... malang nya aku tak berkesempatan tahun ini.


Haram Menyambut Hari Valentine

Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

Hari Kekasih juga digelar sebagai: "Valentine 's Day" yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan "Hari Valentine" ini. Mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah "Hari Kekasih" atau "Hari Valentine" dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat. 

Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.

Firman Allah :

"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".

[Surah Al-Anfal, 8: 63]

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan "Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad (Sallallāhu 'alaihi wa sallam), wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah(radiallahu`anhu), bahawa Rasulullah (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka?” [Al-Bukhari]

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Marilah sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua, antaranya:

Pertama: Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.

Kedua : Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Ketiga : Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Keempat : Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi".

(Al-Baqarah, 2: 120-121)

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan umat Islam sebagai umat yang maju, sejahtera dan berkebajikan. 

Justeru itu, kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

[Via JAIS; Khutbah Juma’at, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, 11 Februari 2011]

Isnin, 7 Februari 2011

AIN DAN PANDANGAN WANITA

"Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong." 
Salam to all... nie kiranya satu kata-kata yang bisa buat kita kaum wanita terhenti, berfikir, mengaku dan tunduk malu. Malu??? Kenapa ada rasa Malu? Malu andai tiada rasa mau menghargai diri... walhal diri itu SEMPURNA di mata Nya... So.... ambik la curi sedikit masa untuk membaca artikel yang bagus... yang ku ambik ngan penuh keizinan dari seorang member kat FB yang sudi tagged aku kat notes nya. Terasa dirik ini wanita... (ahhh sudah.. aku dah tersipu-sipu malu sambil senyum-senyum ala2 wanita melayu terakhir atau ala-ala gediknya Tina dalam cerita TIRAMISU)

Iklan Jap....

Barisan pelakon tiramisu :Zain Rufedge ( Faris) , Sharifah Armani (MELUR), Tania Hudson (Liyana) - leh tahan gedik kat drama ni, Pierre Andre (Dani)

Yang kat tengah tu, tu lah Fauziah Gous sebagai TINA dalam cita Tiramisu.. Ni gambar untuk drama Trilogi Cinta @ RTM  1. Kat Trilogi nie die tak segedik dalam Tiramisu. Pada aku laaaa


Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

macam mata menggoda dan merayu kan????


Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.

New Page? New Me?

Salam sejahtera buat semua...

Erm... sedikit intro buat siapa-siapa yang terbaca "this post", well buat yang terbaca lah coz i dont have any followers yet in this blog, even at my all blog's too. Cuma ada 3 orang jerk follower sebelum ni, so consider aku syok sendiri la bercerita ceritu kat blog aku sendiri. Afterall aku lebih suka "annonymous". Naya karang tak pasal-pasal bos aku ke, Officemate ke, HQ ke apa ke terbaca. Hahahahaha... Bukan nye ade yang X- Rated or R- Rated pun kat blog aku, cuma akan ada yang terasa.. mungkin lah kan. So consider MENYINGUNGG RASA RATED la nie yek?  Ooopps aku dah mula nak lari dari skop tajuk dah ni.  Kalau aku buat peta minda dulu ker, atau rangka macam yang cikgu sekolah rendah ku penah nasihat waktu zaman-zaman comot lagi brutal tak la kot TERlari tajuk.

Okay... berbalik kepada title di atas... NEW PAGE? NEW ME? pastinya korang dah dapat agak kan? agak yang nie bukan 1st blog aku. Yeah! tepat sekali 10 point untuk Akak kat sana. Ok, cuba teka pulak... Ni blog aku yang ke berapa? Kedua? Kedua setengah? owh tidak-tidak (sambil geleng kepala ala-ala Stevie Wonder) Nie blog aku yang keempat. huhuhuhu... Banyak ke? Saja je aku nak beralih arah laaa... saja nak test diri ni and nak tukar angin je. Bukan apa... bila aku refer balik blog aku yang lepas banyak sedih dan duka dari rasa SUKACITA (macam yang BELACAN & PAKU cakap). Antaranya ialah macam kat blog aku yang satu ni nordiana03.blogspot.com . Tapi kalau dear2 tau, reti nak ambik yang positif dari kisah aku, aku sure la, pasti la... tak banyak sikit korang semua pasti dapat hikmahnya and tau menilai baik buruknya. Tapi aku bukan berniat nak mintak simpati tau. 

Perkenalkan: Ini Belacan dan Paku... pemilik blog Ohbest jangan marah ...kira aku promote blog ko ni... kalau tak silap ni video pasal NENEK NYANYUK kot. 


So persoalannya, adakah aku akan publish post yang lebih kurang genre nya macam yang lama atau berbeza sama sekali? Hakikatnya aku sendiri pun tak tau... tapi yang pasti, aku akan selitkan lebih banyak info melalui persepsi and idea fresh dari aku n mix dari idea fresh blog-blog orang lain. Yerla... INSPIRASI tak kan datang kalau kita tak tengok sekeliling kan? Idea nak create blog ni dah lama ada... cuma tak terlaksana je.. konon nak publish 1st January 2011 tadi, tapi dek kekangan kerja and masa yang tak mampu aku curi jadi ari ni jelah masa yang aku betul-betul free and excited untuk posting something which will u see and read and feel. Waaaa berapa banyak and la... hahahah Adik-adik kat luar sana jangan tiru jangan copy jangan ikut gaya penulisan yang tak berpa betul ni... p boleh ikut kekreatifan aku berceloteh. (korang boleh agak ke aku banyak cakap n ramah mesra???)

Walaupun page baru, penulis nya tetap sama iaitu AKU! Aku yang diberik nama NORDIANA. Perubahan mungkin ada kot... tapi tak jamin la... sebab aku jenis moody. Insyaallah, aku pastinya akan share info-info yang berguna untuk tatapan, ikutan (selagi tak menyimpang dari agama kalian) dan sebagai pengubat jiwa hendaknya.