BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Mac 2011

PERCAYA PADAKU by UNGU

Lagu nie, entah dah berapa puluh kali aku dok main. Bahasanya, muziknya pergh betul-betul menyentuh kalbu. Alahh... apa la salah aku layan lagu jiwang kan? Aku juga manusia biasa bha.. Bila ku hayati liriknya, erm buat aku terkenang satu ketika dahulu, aku pun pernah dapat kata-kata seperti itu. Namun, tak kekal lama la... manis di dengar tapi sementara namun tetap dikenang jua.


Aku pun pernah gak lafazkan macam tu dulu, memang aku kotakan namun sayang tak pernah dihargai pun. Well siapa lah saya ini kan? Apa pun tiada untuk dihargai, namun cuma untuk disakiti dan dilukai. Tapi aku tak kesah... itu kesah lama maaa. Aku tau, ada pasti ada, tapi sayang yang sedia ada itu keadaan nya pula tidak mengizinkan. Huhuhuhu... Itulah kehidupan. P apa-apa pun aku harap korang enjoy lah ngan lagu ni. Buat seketika, aku heran, kenapa komposer kita tak leh buat lagu secatch ini ya? Apa silapnya kalau halwa kita terlebih nak melayan lagu seberang? Harap artis kita, komposer kita jangan terlalu menunding jari terhadap pendengar dan stesen radio ya. Tapi ada gak komposer yang lagu nya best, artis kita bawak lagu sedap. Tapi aku cukup suka la ngan lagu 1 malaysia. huhuhuhu  x caye ke? Sudah...





aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ungu-percaya padaku[HD] video clip

Sabtu, 26 Mac 2011

GARAM

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.


Manusia dijadikan dari 4 unsur Tanah , Air , Api dan Angin. Garam datang dari unsur Tanah.  Garam berasal dari laut dan dari bukit.

Banyak kegunaan garam.

  • pengawit  ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya: 

  1. Penyakit Gaut timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai )  1 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai   goring 1 2 genggamgaram kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yangbenggkak atau sakit.  Garam tu bunggkus lah dengan kain ma.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll -  minum air suam dan sedikit garam.
  6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan,meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai
udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau
sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.

  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
  2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.

Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita  dirahmati oleh Allah.

Asyik-asyik DIKRITIK, PUJINYA pulak BILA!

Salam guys... Entri ini saya post bukan pasal saya nak tunjuk saya bagus saya hebat, atau kamu perlu jadi macam saya. Cuma saya rasa, saya perlu kongsi apa yang saya alami dulu, sekarang dan pastinya di masa depan berkenaan dengan "DUNIA KERJAYA". Sila gunakan budi bicara sendiri, komen atau pandangan adalah sangat-sangat saya alukan. Owh ya, kalau ada yang terasa saya minta maaf dan saya harap kamu dapat ambik nilai-nilai positif. Jangan kondemn diri kamu sendiri ya. Kalau rasa saya salah pun tak apa. Saya tak kisah... Ini semua subjektif dan post adalah berdasarkan persepsi saya dahulu dan kini. Owh ya, jawatan saya tetap sama... belum lagi naik pangkat. hahahahahahah Perlu juga ada rasa minat yang cukup mendalam untuk baca entri yang panjang berjela-jela ni yer.. SEBAB... SERIUS ENTRI INI PANJANG SANGAT!


Ahhhhhh... GEEEERAAAMMM NYA!, semua salah itu salah, ini salah. Takda satu pun yang betuL ke di mata ko ni BOSSSSS?????? 

Ahhh sudah... singa betina dah mengaum!


 Uiiihhh... serius marah sungguh aku yer. Hahahahaha, Please be inform yer aku sikit pun tak marah waktu aku buat entri yang ni. Tapi saja jerk aku bagi gimik. Mesti ada kan salah seorang daripada kalian pernah meluah rasa geram kan seakan-akan ayat aku kat atas. Mesti ada kan? Tipu la kalau tak da. Jujur ya, aku penah gak merepek, menggumam sendirian seperti di atas. Depan rakan sekerja pun pernah. Depan bos pun aku penah gak. Nangis depan, belakang, kiri, kanan bos pun aku penah



Lebih Kurang cam ni laaaa

KECUALI, nangis sujud kat kaki bos atau kat bawah bos. Yang itu tak kan berlaku sekali-kali. Gila ko kalau aku nangis sujud kat kaki bos nak-nak lagi kat bawah bos. Tu dah penderaan seksual tu. Hahahahahah.

Yang macam ni pun aku TAK PENAH BUAT LAGI OKAY!   


-








HAAAAA YANG MACAM NI OFFICE MATE AKU PENAH BUAT (hampir-hampirla)  


Kalau orang veteran yang dah 15 taun keja nangis cam ni jadi PILU tau. Aku sendiri PILU tengok die nangis cam tu. TAPI, bila esok harinya aku tersenyum sendiri ingat die nangis tersedan-sedan. ---> JAHAT NYA AKOO!
  
Okay... Straight to the point lah yer. Reason aku post entri sebegini hari ini kerana aku perasan ada rakan-rakan sekerja aku yang baru masuk kerja rasa macam ni. Haaaa... jangan tak tau yer, aku concern tu semua. Aku nampak tu dari air muka kamu. HUHUHUHU Nape? Sakit hati kan tengok orang lain relax-relax, makan-makan, shopping-shopping kan? Dan awak tengok saya rehat-rehat sembang-sembang kan? Tapi awak perasan tak yang saya sembang-sembang tu pasal apa? awak perasan tak waktu saya sembang-sembang tu jari-jari saya duk menari-nari depan keyboard. Tak... awak tak perasan tu semua. Yang awak semua perasan saya panggil dan arahkan awak untuk buat itu, buat ini, saya jerit itu, jerit ini, saya suruh awak save itu save ini, scan itu scan ini. 



Nak tau tak? itu lah apa yang saya rasa jugak bila setiap kali saya dilambakkan kerja walhal kamu boleh lagi membalas komen di FB, boleh lagi bergayut mesra di telefon, tengok-tengok katalog dan sebagainya.Tapi saya tak tuduh kamu malas ya... saya tak tuduh kamu curi tulang. Pada saya, biarlah, kamu juga manusia perlu rehat, perlu juga bersosial. Jadinya jangan sedih jangan tak puas hati kalau di suruh. Pasalnya? aku dah rasa apa yang kamu rasa, dan aku juga rasa apa yang kamu rasa kamu tak rasa. Faham kan?


EVERYDAY IS A LEARNING PROCESS
  •  Tau tak apa pasal IPTA / IPTS dedahkan dan wajibkan Latihan Praktikal kat student-student mereka? Sebab nya, dunia bekerja sama sekali tidak sama dengan dunia teori. Dunia kerjaya cukup kaya dengan praktikal iaitu pengalaman, skill dan sedikit teori. Kritikan, kutukan, hinaan, kesilapan dan kegagalan semua itu adalah CIKGU yang terbesar dan terhebat sekali kalau nak berjaya. Bukan lah maksud saya, kalau kita pernah dikritik, dihina atau gagal kita akan jadi orang yang hebat. TAPI, kita akan jadi orang yang lebih baik, lebih hebat kalau kita ambik kira "POSITIF" terhadap kegalan itu dan bangkit.
KERJA KERANA APA?  
  •  Yang ini cukup subjektif, tapi rata-rata orang kerja kerana DUIT, kerana KEPUASAN. Tapi sangat sedikit yang bekerja kerana IBADAH. Haaaa... pada yang kenal siapa saya dari luar dan dalam, pasti kata, "Eleh... die sendiri pun apa kurangnya... Asyik merungut saja bila di beri tugasan yang baru, asyik marah-marah saja di pejabat". Pasti ada yang kata begitu. Saya tak halang jika kamu mahu berkata seperti itu sebab saya pun mengakuinya. Itu adalah normal. Tapi saya juga sentiasa setkan diri kerja itu juga satu IBADAH. Sekalipun bukan untuk orang lain secara langsung, tetapi sekurang-kurangnya biarlah itu untuk diri saya sendiri.  
  • Kenapa???? Sebab, berdasarkan pengalaman saya sendiri, jika saya kata saya bekerja kerana KERAJAAN saya akan mula merungut, kerana pada saya sama sahaja. Bila saya setkan kerana DUIT, saya juga akan merungut sebab gaji saya pun tidak banyak mana. (tidak sebanyak kerja yang ditanggung). BIla saya kata kerana KEPUASAN, kepuasan yang saya alami adalah sementara. Tapi bila saya setkan saya KERJA KERANA KERJA ITU SATU IBADAH,  
saya dapati saya mampu bangkit dari kegagalan, saya kurang merungut dan semangat kerja itu ada. Terserah kepada kalian di luar sana.. mahu kata saya RIAK terserah lah... tapi jauh sekali tidak bermaksud sedemikian rupa.

TAKE IT EASY AND ENJOY BUT MAKE SURE YOU DON'T NEGLECT YOUR RESPONSIBLE!

  •  Boss aku pernah ajar aku bila die asyik tengok muka aku ketat semacam. Katanya, relax-relax buat kerja tapi pastikan kerja ko siap. Ko nak stress buat apa? Rehat la kejap, then sambung lagi. Yes, start from that day, aku ikut petua dia dan lain-lain senior. Hasilnya adalah lebih baik. Memang lah, masa mula-mula dulu aku stress pasal aku tak tau apa-apa. Cengeng sangat-sangat pasal waktu tu, umur aku macam kamu-kamu juga. Sekarang dah tua la sikit. Wei, nak matang dalam dunia kerjaya nie ambik masa tau. Saya ambik masa bertahun-tahun. Macam mana? pasal dah keja kat lain-lain bidang. Semudah-mudah kerja pun, tetap ada stressnya. Dah namanya kerja, pastilah MR. BEBAN pun ikut sama tul tak? 
BELAGAK JE KO NI! CUBA KO BUAT KO AGAK-AGAK KO MAMPU TAK BUAT SEBAIK AKU HAAAA!  Aku TUMBUK GAK KO NANTI!  
 (mesti korang penah rasa cam ni kan?nak-nak lagi bukan salah korang tapi koranggak yang kena  kan?)


Huhhuhuhu kalau ikutkan banyak lagi yang saya nak share, tapi almaklumlah saya ni sangat terkenal dengan malas nya. Lagipun saya kira, tidak ramai yang akan baca blog saya ini. TETAPI, jika anda merupakan Pegawai Pemerkasaan Siswazah, anda lepasan universiti degree holder atau apa-apa sekalipun peringkat pendidikan, PERCAYALAH, satu hari kelak anda akan melalui ini. 

Bagi Pegawai Pemerkasaan Siswazah, mungkin sekarang ini, anda cuma rasa diri anda ditindas dan tak layak menerima apa yang anda lalui sekarang ini, tapi tak apa... Nanti andai kata sudah ada rezeki kalian menjadi Bos Besar, ada anak buah anda pun akan rasa apa yang saya rasa. Mudah-mudahan andai tiba masa itu kamu akan tersenyum dan kenang balik macam mana keadaan kamu dahulu. 

Jadi nya... kena lah kongsi ILMU dan PRIHATIN SEDIKIT!



Sebab nya setiap kali bila saya tengok muka kamu terketat sedikit saya akan terkenang kisah saya dahulu. Owh dan percayalah, sekarang pun keadaan tekanan yang diberikan masih juga sama seperti dahulu, cuma kini saya sudah semakin mampu untuk handle diri saya dan kerja lebih baik dari dulu.

Macam ini lah lebih kurang, Confident sikit dari dolu- dolu kale!
  

Walaupun ada ketikanya, saya tergelincir, terlepas rasa marah saya cepat-cepat tersedar. Kalau anda pernah melalui apa yang saya rasa dahulu, anda pasti akan lagi stress. Dulu memang saya kata boss tak berhati perut, tapi sekarang ingin rasanya saya jumpa boss-boss terdahulu terima kasih kerana KEJAM kat saya. Bagi banyak tekanan kat saya. Trust me, bos yang KEJAM ni selalunya cikgu yang baik. Terserah pada diri je nak ambik macam mana. 

Kene reject oleh bos tu dah selalu, kene tolak secara berseni pun biasa, tapi yang penting kita teruskan usaha, dan JANGAN TAU NAK AMPU BOS JE YER! 





Kalau ada budaya macam ni, Kerjasama memang best... Nak dapat macam mana? TOLAK ANSUR le JAWABNYA... and do RESPECT EACH OTHER.

* Walaupun ada ketikanya aku degil aku kurang ajar, tapi jauh di sudut hati, aku cukup bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang aku penah dapat, apa yang aku penah diberikan. 



YANG PAHIT ITU UBAT, YANG INDAH ITU PADAH, 
PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA UNTUK JADI LEBIH BAIK
HARI INI JUGA AKAN BERTUKAR MENJADI SEMALAM, HARI INI JUGA AKAN BERTUKAR MENJADI SEJARAH, SEJARAH HITAM ADALAH PEMANGKIN SEJARAH YANG GEMILANG.

Ahad, 20 Mac 2011

Saje- saje je...

Salam u alls!

Nothing much to say actually.. huhuhuhu tapi aku saja2 je nak update blog. Nothing much to share also. Dont have any idea either. Erm, hari nie punyalah malas aku macam biasa. Tapi alhamdulillah, berjaya gak aku wat keje2 biasa di ujung minggu. Keje ape? House Keeping ler... 

Hari nie, aku langsung takde ke mana-mana. Even ke Tamu pun tidak, ke supermarket pun tidak. Paling jauh aku kuar kat tempat sidai baju. Kat situ je. Mule-mule tu ada lah hasrat nak keluar, p ari ujan la pulak. Malas dan sayang la nak kuar, kilat2 kat kereta masih ada lagi. wax kat tayar pun ada lagi. sayang kalau kotor. Al maklumlah, cuci kereta adalah rutin yang sangat tak kerap aku buat. hahahah so bukan la rutin lagi tu, tapi dah berkala dah.

Tapi esok ari aku kan kuar kot... nak beli stok2 yang dah habiss. Tapi paling bahaya kalau aku g plaza, alamatnya berbeli shawl baru lah aku atau HP baru???? hahahahh huhuhuhu sedih, hp aku rosak lagi buat kali kedua. terasa la mahal kalau nak repair software je kat kedai itu, takkan la aku nak kuarkan lagi 80 hengget. uuu, bak kata adik aku.. akak tak boleh pakai 1 hp je ke? ala dik, memang lah satu je pon... cuma nak lah yg rosak tu, yg tu canggih sikit. yang sekarang ni canggih gak, p nak gak yg satu tu.

Macam banyak je kan? walhal ada satu nombor jer.. nak sampai 2 hp wat ape tul tak? Ada bagus nya ada 2. satu tu backup kalau lowbat di tempat2 yg tak dijangka. Apa-apa pun harus ku repair, kalau tak, tak dapat la aku nak mms, tak dapat lah aku nak online. 

Model HP Nokia yang baru kat tv tu sangatlah menggoda. Kalau beli guna kad kredit buleh tak???" heheheheh ngade2 tul kan, hutang kad kredit yg lepas tak settle lagi. Waaa ... macam mane ni. Keinginan atau keperluan? Ni yang aku malas kalau aku dah lame tak balik Miri ni, Nafsu membeli belah tu tinggi. Mampukah aku bertahan??? Terpaksa lah jugak aku bertahan sebenarnya. Sebab aku perlukan Bajet yang ekstra untuk bulan depan. Insyaallah aku akan p kursus induksi bulan depan, tak sabar rasanya. bukan lah apa, bila dah induksi, sabar lagi setahun dua... then aku akan apply untuk transfer. Nak cuba la keje kat tempat lain. Cari pengalaman kat tempat lain pulak. 

Tapi alangkah bestnya kalau tempat itu kat Miri jugak. Tak kisah lah kat Subis atau kat MBM skali pun. Yang itu lagi bagus. Sebab aku dah malas la nak p ke kawasan lain. Nak dekat-dekat ngan famili aku. Kesian arr diarang, nak p klinik pun takda orang antar. Rindu pun ada gak ngan Miri ni. Cakap pasal Miri, lately ni.... sangatlah lama sudah aku tidak lepak ke pantai. Espalanade Limbang 2 minggu yang lepas. Esplanade Miri? takda langsung. Alasan? nape? sebab aku malas laaa... Nothing much to see dan masa aku yang tak sesuai. Agak lama jugak aku tak ke Miri. Rindunya nak balik Miri. 

Owh bercakap pasal pejabat pulak.. Kitarang dah ada bos baru. Ugh... semuanya jadi tonggang tebalik sedikit. Almaklumlah ada banyak perubahan sedikit, dan ada banyak benda aku kena kejar. Waaa... bukan nya makin relax. Tapi nak wat cam ne kan? Keje... Owh dan aku kene turun awal la g keje. Pasal??? bos kali ini sangatlah strict dengan kedatangan staffnya. Dan aku yang dah terbiasa lewat. Lewat p keje lewat gak lah aku balik. Tapi bos aku tak suke.. yang peliknya die kata kita di bayar berdasarkan 8 jam masa bekerja. Yang aku? lambat 15 minit kekadang aku top up sampai kol 6. Ok apa bos, janji keja siap laa. Hahahhaahah.. Banyak lah alasan aku ni kan? Awal-awal dah standby soalan dan jawapan. 

Tapi kan... as if la die tu bagus tapi so far aku tgk biasa2 je. hahahhaa...Tak kisah lah... Aku pasti boleh punya. Erm Kami satu seksyen pasti boleh punya.  Yang bestnya, kali ni aku tak bz sorang-sorang coz satu pejabat dah mula bz.. Owh bercakap pasal kerja.. nama aku ada kat telikhidmat. Wah... sampai begitu sekali tokok tambah nya cerita rakyat itu, tapi kenapa die tak bubuh satu baris ayat lagi kat komen die tu ye... contoh :
"SAYA JUGA SALAH, KERANA MARAH-MARAH DAN KURANG AJAR SERTA TIDAK MENDENGAR PENJELASAN YANG DIBERIKAN"

Geram pun aku ada, bila aduan tu kata aku kasar, tapi memang aku kasar. tapi kenapa die tak bagi tau yang die call syeksen aku dengan niat nak menghina? Kenapa??? Tu lah nasib juruteknik macam aku. Apa-apa pun itu satu pengajaran buat aku. Huhuhu next time kalau ada yang kureng ajar macam tu, aku cakap OK, Baik... dan sebagainya. Tapi kalau ada lagi aduan sebegitu rupa aduhhh. Aku tetap tak kisah.. sebab rezeki aku di tangan tuhan. Kalau ada yang nak buat onar kat aku pun silakan, janji aku tau apa aku buat.  Well, ini tahun ketiga aku berkhidmat.. ada banyak lagi tahun akan datang. Insyaallah... sabar je dan aku akan buat sehabis baik mungkin. Insyaallah... tak terasa dah 3 tahun kan? so aku nyer dateline untuk life target aku ada lagi 2 taun.. Apa yang aku target? Rahsiaaa... hahahahhah. Aku nak balik Miri kot, nak keje kat Miri je. 


Hidup ini kena tolak ansur dan redha... tapi TIDAK ADA KOMPROMASI untuk Leka! 

Sabtu, 12 Mac 2011

Panic! At The Disco: The Ballad Of Mona Lisa [OFFICIAL VIDEO]

Hujan yang turun...

Salam semua... hujan yang turun membasahi bumi tika ini sama seperti hujan yang turun membasahi hati ku. Waaa so hiperbola kan?  Kadang-kadang aku berfikir sendirian, tersenyum sendirian bila hujan turun. macam-macam yang bermain di fikiran ku. Sedangkan aku ada banyak kerja yang harus dibereskan, tapi aku lebih rela duduk termenung dan menghadap notebook. Kadang-kadang aku bertanya apa lah salah aku buat kerja yang dah lama terbengkalai, dan aku macam biasa cukup bijak cari alasan untuk aku terus-terus malas.

Dulu... kalau waktu-waktu hujan macam nie, mesti mak suh aku g tido, jangan tengok tv lagi. Hujan katanya, bahaya tengok tv dengan kilat sabung menyabung kat luar. Tapi sekarang takda pun orang nak melarang aku. Sebab duk sorang-sorang kat umah... makin lebat hujan kat luar makin kuat bunyi tv aku. Tapi tu yang silap bila kita ada astro, automatik kalau ujan kuat, kita tak kan leh tgk cita yang kita nak tengok. Apa pasal? pasal nya akan appear la perkataan "SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE". Tengah lagu sedap pulak tu. Geram nya.

Dulu... kalau ujan, aku suka berangan-angan. Angan-angan aku kaya, aku happy. Tapi tak pernah pulak aku angan-angan kawen. Yang aku selalu angan-angan kan aku ada rumah cantek, ada kereta mewah, dan ada peti ais besar. Hehehehe. SEkarang aku ada rumah tapi rumah kuarters kerajaan la. Aku ada kereta, tapi buatan Malaysia, aku ada peti ais, tapi peti ais kecik satu pintu. Heheheheheh. Lawak je kan? Tak pulak aku terfikir yang aku akan ada Flat Screen Tv 36 inchi, ada notebook dan aku tak mandi lagi. Hahahahaha Kelakar bila diingatkan semula.

Sekarang nie pun aku masih jugak angan-angan kan benda yang sama. Huhuhu macam takda idea kan? Adalah bertambah sedikit detail dalam angan-angan aku tu. Kekadang aku lebih suka layan perasaan aku. Bukan layan stim atau jiwang, tapi layan fikiran macam mana nak settle masalah orang kat sekeliling aku. Dengar lagu dan fikirkan lirik dia. Betapa banyak nya persamaan dengan hidup aku. Tapi sampai bila aku nak melayan perasaan kan? erm... sampai aku puas lah. hahahhaha. Aku sebenarnya nak keluar cuci-cuci mata tapi aku terlalu malas nak bersiap. Masak dah sudah, makan je aku tak lagi. Banyak sebenarnya artikel lain aku nak share tapi disebabkan aku malas dan hilang mood aku pun mula merapu. 

Berada di alam fantasi sendiri yang kita reka cukup indah, tapi hidup realiti juga tak kurang indahnya andai kita mampu menghiasi hidup realiti dengan fantasi yang seakan nyata dan yang paling kita suburkan hidup realiti dengan rasa syukur bukan cepat berpuas hati.

Diana_Sa 

Selasa, 8 Mac 2011

KALAU ANDA RASA POST SAYA SEBENTAR TADI SANGAT TIDAK MATANG, SANGAT KEBUDAK-BUDAK KAN TERSERAH! KALAU ADA YANG TERASA NASIB LAH... TAPI ORANG TU BUKAN JENIS TERASA PUN. BOLEH LAH KU DESKRIPSIKAN ORANG ITU KAKI GADOH! PEREMPUAN KAKI GADOH! SUKA CARIK PASAL. ORANG TAK KACAU DIE KACAU ORANG. SEBEGINI AMAN AKU DALAM FB AKU, DALAM BLOG AKU, DIE RACUN HATI AKU! 

U DESERVE EVERY BAD WORD FROM ME!  KALAU ADA YANG MENCEMUH KERANA ENTRI AKU YANG INI, KERANA ENTRI AKU YANG LEPAS TERSERAH KALIAN. ITU PENDAPAT KALIAN. KALAU AKU BOLEH BEBAS BAGI KALIAN BERFIKIR ATAU BERKATA-KATA KENAPA TIDAK PEREMPUAN ITU!KENAPA BEGITU SUKAR UNTUK MEMAHAMI SESUATU YANG DISAMPAIKAN DENGAN CARA BAIK? KENAPA? KALAU KAMU (PEREMPUAN ITU) ADA OTAK KAMU FIKIR LAH YA! SAYA TIDAK PERNAH MENGALANG KAMU SEBELUM INI. TAPI KENAPA SAYA BLOCK KAMU? UNTUK KEBAIKAN KAMU JUGAK. TAPI KAMU TAK SEDAR ITU. 

Isnin, 7 Mac 2011

SABAR AKU ADA HAD NYA!

Salam....

Wahhh aku rasa macam nak marah, rasa macam nak menyumpah seranah pun ada.  Benci ahh dan macam2 lagi lah. Tapi... bila aku fikir-fikir balik, luahkan rasa mengikut channel yang betul alhamdulillah. Mampu jugak aku nak bersabar buat kesekian kalinya. Rasa nak meletus rasa nak ku luah nak ku jerkah ada jugak orang itu, tapi aku masih mampu bersabar. So tolong lah faham, aku bukan Siti Aisyah, aku bukan mana-mana wanita yang terpuji seperti mana para isteri2 nabi, bukan jua tokoh agama. Aku gadis biasa macam ko jugak, yerlah ko mungkin 10 kali lebih baik dari aku. 10 kali penyabar dari aku. Tapi mintak maaf banyak2 aku kenal sapa diri aku, aku tau aku jenis gadis macam mana. Kalau engkau boleh lupakan kisah silam, itu engkau. Aku pun boleh lupakan kisah silam, tapi dalam pada masa yang sama aku nak teruskan hidup aku. Ko paham tak? Walaupun aku tau ko memang tak kan faham dan buat-buat tak reti bahasa, biarlah ini yang kali terakhir aku nyatakan dengan jelas kat engkau. Plz understand it.

Cubalah... bila bercakap bila berjanji tu akur lah pada janji, jangan MUNAFIK. Dah lah.... Biar aku bagi tau kau yer, betapa engkau dah melukakan hati aku, betapa engkau dah seksa aku. Kau ingat aku apa? pelakon kah yang boleh berubah wataknya. Apa kau rasa kalau kau di tempat aku. Aku cari kau untuk bagi tau kebenaran tapi kau? hulur madu tapi madu bersalut racun. Aku bukan jenis yang sombong atau memilih bulu, tapi aku memang tak boleh lagi buat masa ini untuk terima apa2 huluran dari kau. Cukup lah, cukup. Aku dah cukup dewasa dan tau hak aku. Aku mau teruskan kehidupan aku. Dan aku rasa kalau aku mau kualiti yang bagus dalam hidupku, wajarlah aku buang ko dan dia jauh-jauh dari hidupku. Aku jahat? Itu hak aku, ko kene tau tu... Apa yang berlaku antara kita bukan lah sesuatu yang indah untuk dikenang, so sebelum menjadi toksik lebih baik aku buang. Biarlah yang lepas itu sejarah tapi tolonglah, dah puas ko sakitkan hati aku jangan ko biar sakit aku bernanah. 

Apa masalah kau aku tak nak ambik tau. Aku boleh saja salahkan kau atas apa yang pernah kau buat terhadap diri aku. Kau dan dia sama-sama bersalah. Kenapa mesti aku yang kau palit bersama. Kenapa mesti aku kau kait bersama. Kalau niat kau bagus, kalau hati kau baik kau pasti faham, kau pasti dapat menduga apa rasa ku. Tapi apa sebenarnya? Maaflah, aku bukan macam engkau, aku jenis tak kacau hidup orang, kalau lepas nie ko nak msg aku cakap "alah buat ape lah nak post entri kat blog mesej je bagus". Aku tau ko akan cakap macam tu, aku tau ko akan gelak dan menidakkan. Come on lah... ko perempuan aku perempuan, ko patut tau. Sangatlah bodoh sangatlah buruk perangai ko. Jangan buat aku macam nie. Plz... Jangan MUNAFIK! What past is past... i give u chance bcoz  i thought u will be more sincere. Then what did u give to me? U give me SHIT! AKU BENCI KO SEBAB KO JENIS TAK RETI BAHASA.

Sabtu, 5 Mac 2011

UNSANGKARABLE!

Salam... 

Unsangkarable sungguh... which is mean, sungguh tak ku sangka.Serius, betul-betul aku tak sangka akan ada yang ingat hari lahir ku, akan ada yang mengirimkan ucapan, sanggup menunggu pukul 12 malam semata-mata nak mengucapkan selamat hari lahir buat ku. Selama ini, ku rasakan betapa diri ini INVINCIBLE! Tiada siapa yang peduli. Rupa-rupanya aku silap.

Tidak ku sangka jua, menerima bungkusan comel dari Gombak. Sekali lagi aku terharu. Serius aku terharu. Walaupun hadiah tidak semahal mana, namun itu sudah memadai. Kesanggupan mengepos, dan tulisan ringkas di kertas B5 membuatkan aku menitis air mata. sesungguhnya aku sangat-sangat menghargai nya. Nak tau ape die? Nie die ...

Cute kan? Ku Gelarkan Miss Dolly 

Sekarang nie Miss Dolly ku gantung di dalam kereta. Sebab auntie nak die diletak kan di dalam kereta. Thanks sekali lagi auntie! Pada aku, harga tidak membawa apa-apa makna. Tapi yang penting keikhlasan, dan niat itu. Pada yang memberi SMS, thank u jugak, sebab SMS itu tandanya anda masih ingatkan saya, masih pedulikan saya. 

Owh... tidak ku sangka jua, blog aku mengguris hati seseorang, maaflah tiada niat ku untuk membalas dendam. Tidak sama sekali, kerana aku sama sekali tidak menduga yang blog aku akan dibaca oleh mu. Kamu... teringinkah kamu untuk celebrate birthday bersama ku? Tapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan bukan? Tidak mengapa, apa yang penting saya tau yang kamu tidak pernah buang saya jauh-jauh seperti orang lain. Bukan juga saya ingin menjauhkan diri saya dari kamu, tapi ada satu ketika, saya kira itu yang terbaik. Kerana? Kerana saya sedar saya siapa.

Erm.... apa-apa pun, hari itu 3 Mac aku celebrate aku raikan diri aku sendiri dengan sepotong Filiphino Cheese Cake. Menyedihkan bukan? Apakan daya aku jauh dari keluarga, dan aku tiada steady partner untuk meraikan bersama. Harapnya kalau aku berpeluang menjadi Isteri seseorang, aku nak celebrate dengan dia. Tapi itu pastinya lama lagi. Wallahuallam. Anyhow, ni kek aku semalam. Sapa yang pernah rasa memang tau sedap, sape tak pernah merasa cepat-cepatlah taste k.
Meraikan hariku dengan sepotong FILIPHINO CHEESE CAKE

Dan esok hari, aku akan ke Brunei bersama dua orang rakan baik ku. I wish i could bring my Family too.. But I cant. Esok kiranya outing buat ku. Kenapa Brunei? sebab Brunei ada pantai dan lebih dekat. Kenapa tidak Lawas atau KK? Sebab aku malas nak drive lama-lama dan sangkut kat Q. Nanti aku update blog and akan share kat korang picture pantai kat sana. P/S : Aku tak nah pegi lagi, tapi pernah tersesat jalan n tengok pantainya bersih.


Rabu, 2 Mac 2011

Sayu di hati

Entah kenapa... angin sayu, angin rindu datang menyerang. Ahhh kekadang aku bencikan rasa ini. Kekadang aku rindukan perasaan ini. Hatiku berdebar-debar serba serbi tak kenak. Sayu, sedih, pilu segala-galanya bercampur baur. Walhal aku sedang layan lagu SYSTeM OF A DOWN - TOXIC CITY. Tapi aku boleh pulak rasa sesayu hari lebaran. Pelik ke? Mane ade pelik. Biasalah Emo tak menentu, hormon berubah sana sini. Dah semakin berkurangan sel aku, meter life aku pun bertambah tapi semakin mendekati penghujungnya. Tapi aku? Masih tak berubah-ubah. Niat je dari dulu. Jap... Check jap, ada-ada. Aku adalah berubah sikit. Positif ke Negatif? Dua-dua nya ada. Package kan? Mesti ada YIN & YANG... 

Sayu mengenang nasib ke? Apa yang nak disayukan tul tak coz everything is doing fine, masih ikut rentak yang diatur Nya. Belum lagi aku menongkah arus. SUNYI ke? Mungkin... Terasa sunyi bila berjauhan dari keluarga. Kecewa ke? Kecewa bila ada yang berduka dan ketawa megah bila berperang. Untuk Apa? Kenapa Sayu ini juga rasa di hati yang ku rasakan.. Sayu sebab takda yang wish awal-awal kat aku ke? Sayu sebab aku rasakan diri aku semakin dilupakan oleh teman baik ku ke? Kekadang ingin ku bawa rajuk ku, ingin ku block2 segala-galanya yang ada di laman sesawang. Biar tiada yang mencari, biar tiada yang mengenangku, biar tiada yang memperduli. Namun, saat aku sayu, berduka, ada masih auntie yang ibarat teman baik ku yang sentiasa peduli, keluarga yang sentiasa menanti kepulangan ku, menanti jerit tawa gembira ku dari pintu, mendengar segala omongan kasar ku. 

Adakah bila aku sudah tiada akan ada Al-Fatihah buat ku? Atau adakah aku akan terus melupakan mereka KELUARGAKU, mereka yang benar-benar TEMAN SEJATIKU? Segala-galanya kemungkinan. Aku terus menekan keyboard, meluah rasa yang sayui dan pilu yang tika ini benar-benar mencucuk dadaku. (<--- Tersangatlah hiperbolanya) Hakikatnya aku semakin dilupakan, atau aku yang ingin diriku dilupakan. Adapun cuma yang menghubungiku pasti ada agenda nya tersendiri. Aku pernah bilang pada diri ku sendiri jangan mengharap sesuatu, jangan meminta sesuatu. Tapi salahkah? Atau tidak kah aku mampu bersabar menanti dari terus mengharap, dan terus-terusan mengundang kecewa? Luahan ku bukan ku tujukan untuk meraih simpati pada mana-mana jejaka. Jujur, tiada pun ku mengharap insan-insan terdahulu mengenang aku. Cuma aku lebih mengharapkan kakak tercinta, dan teman karib ku serta keluarga ku. 

Hidangkanlah halwa telingaku dengan lagu sebrutal mana hati ku tetap melo... malankolik dan sebagainya. Seolah-seolah setiap bait-bait kata, sumpah seranah, teriakan lolongan membuatkan hati ku semakin jauh, jauh dari keluargaku, dari teman ku, semakin dingin rasanya, saat ini... ya ng ku tau hanya meluah di laman blog. Mengharap mungkin ada yang terbaca dan akan geleng kepala mendengar kisah ku, akan gelak sakan bila aku mula menabur ayat-ayat yang so hiperbola. Dan mungkin ada yang tersengih2 keji tika ini. Entah lah... saat ini aku tidak peduli, yang aku tau, biarlah hati ku berbicara dan tangan ku leka menekan-nekan papan kekunci.

Alah... makin la aku tak keruan rasa bila dengar suara kanye west... Kenapa mesti aku membiarkan hatiku terus bermain. Biarlah, sudah terlalu lama aku tidak bermain dengan rasa. Sudah terlalu lama aku memencilkan rasa hati. Biarlah mungkin orang terlupa, mungkin buat-buat lupa, mungkin juga aku tidak seharusnya mendengar.. dan segala-galanya mungkin. menitis air mata ku.. Tapi kenapa air mata yang ku titis saat ini? kenapa tidak saja mukus di hidung? (ahhh sungguh pengotor)Kalau aku berbual dengan ibuku di Miri, pastinya ibu sedar duka di hati ku, aku tidak mampu berselindung rasa. Aku rindu, rindu mahu merasa kehangatan bersama keluarga ku. Berkumpul ramai2 dan terus-terusan membuli adik ku. Biar dia ingat aku kakanya yang suka membulinya, suka menyakatnya sebelum masuk tidur.

Malam ini, aku lakukan upacara meluah rasa sepuas-puasnya, kerna ku tahu malam ini malam terakhir aku di usia ini. Esok? Akan ada kah esok? Ada pasti ada, tapi esok akan bertambah sesuatu di hidupku. Biar aku Flash Back apa yang ku lalui sebelum ini, payah nya aku melangsaikan hutang di bank, payahnya aku mengotakan janji yang aku tidak rela, payahnya aku menageh hak aku yang dicuri, dipinjam tanpa dibayar balik, payahnya aku merawat rasa duka lara, payahnya aku menimbang baik buruk, payahnya aku meulihkan rasa diriku dari diguris dan dilukai, payahnya aku mengawal luka ku agar nanahnya tidak terus-terusan keluar. Ku kenang jua betapa aku gembira dan bahagia seketika, dan ku harapkan segala pengorbananku, nasihatku, rasa hati kecil ku, pendapatku mampu di jadikan ingatan paling tidak.

Macam-macam yang berlaku dalam hidupku, tapi tidaklah sebanyak orang lain di luar sana. Terlalu halus, sehalus-halu nano atau mikro.Ada yang buat aku tersenyum, marah, menangis, ketawa, jatuh, tersungkur, tersembam dan tertidur sampai 18jam dan macam. Itulah yang ku bawa, pengalaman kecil.. pengalaman insan hina yang tidak seberapa. Bukan aku tidak bersyukur jauh sekali untuk aku menyesali. Cuma ada ketika aku terkenang betapa mudahnya hati ini dipergunakan untuk kepentingan orang lain, betapa rapuhnya iman ku untuk menyedekahkan sekeping hati ku untuk membahagiakan orang lain. Betapa kejamnya aku pada diriku. Erm... Hati.. Hati Hati, berhentilah kau berbicara, jangan kau cuba meruntuhkan jiwa dan emosi ku yang sememangnya tidak kuat, jangan kau pujuk iman ku untuk merapuhkan dirinya sekian kali. Otak, Minda berfikirlah kau seketika, berkata-kata lah kau seketika. OK Fine! dah sudah DIANA! Sekarang ko g dapur cuci pinggan dan gelas ko tu! Sibukkan diri! 


-Sometimes and most of the time, aku selalu berfikir dan melayan perasaan-


Selasa, 1 Mac 2011

DAY 2

Assalamualaikum.... harap korang sehat sejahtera la hendaknya. Aku kat sini dah masuk dua hari duk kat umah. Bukan aku saja-saja tak nak g keje. Al-maklumlah minggu ni minggu mesyuarat kat office. Tapi apakan daya, aku betul-betul tak larat nak duduk kat office. Aku dah cube g keje ari isnin tu, aku bertahan sampai kol 10 pagi je. Pas tue terus g klinik kat bawah. 

Sesi berjumpa dengan doktor :

Dr. Sim : So Miss Diana.. What can I do for u?

Aku      : Kurang sehat sikitlah doktor, Selsema dan batuk-batuk.

Dr. Sim : Okay, cuba buat macam ini. ( aksi menarik nafas macam orang menghidu tu) --> Motif? Doktor nak dengar ada tak bunyi hingus. Pastu cam biasa bukak mulut awak, look up and so on.

Aku      : Aku akur je ngan arahan doktor.

Dr. Sim : Erm... i see, ada demam?

Aku      : Rasanya belum lagi doktor, baru selsema dan batuk-batuk je. Almost Full Package la. Kata ku sambil tergelak.

Dr. Sim  : hahahhaha, U already know ya, yes almost full package. So, i also see that your tonsil kinda bigger. Have u already meet Specialist regarding your toncil?

Aku       : Ya  i already did. And she says that they will only operate it if only the toncil is getting worst. So far rite know, i still can swallow, still can eat and drink. Hahahhahaha

Dr. Sim : Okay, so i give you TWO DAYS MC or, u dont want? (motif: sebab aku slalu reject MC yang doktor bagi).

Aku       : Okay thank you dr. For sure i really need the MC. Saya sudah cuba buat kerja tapi memang tidak boleh fokus.


Kesudahannya, Aku dapat MC dua hari. Thank You So Much. Dapat gak aku merehatkan minda dan menjauhkan diri dari office. Kalau tak, memang melarat. Serius kali nie, aku rasa sakit yang luar biasa. Entah kenapa, tapi mungkin sebab dah lama tak sakit macam ni. Bisa nya sampai buat aku tak leh tido. Aku tak leh rasa berehat. Thanks to MIZA, sebab temankan aku g klinik semalam. Cuma sori geng aku tak larat nak ke LAWAS. Aku benar-benar perlukan rehat.

Pas dah dapat ubat and MC aku masuk semula ke pejabat dan memaklumkan bos aku yang aku MC. Tau apa yang aku dapat. Heiiii... Mana boleh nak cuti-cuti. Sekarang minggu meeting. Ko nak Escape ke? Sampai hati kan? Tak kan la bos aku tak prihatin betapa teruk nya aku terbatuk-batuk, suara pun dah bertambah seksi. Dan aku menjawab dengan tersenyum, bos... saya tidak merancang untuk sakit bos. Saya pun tak nak sakit waktu-waktu begini. Jangan risau, tindakan mesyuarat mana yang saya tau saya dah note. Ini minit saya, dan perkara-perkara yang perlu di timbulkan dalam mesyuarat nanti. 

Ahhh... lantaklah kalau die dengar ke tak, ambik peduli ke tak. Janji aku dah bagi tau kat die. Jadi hari pertama tu aku balik dan terus makan ubat dan tido. Dalam tengah aku tido bos aku call aku. Alah bos, cuba la rujuk file. Mana la aku dapat catch up boss. Bukan aku yang enter. bla bla bla bla..... Akhirnya aku dah tak dapat tido. Dah telan ubat batuk pun aku tak nak tido lagi dah.  Hari ini, aku tak der wat ape. mengemas rumah apa yang patut, cuci pinggan dan buang sampah. Layan FB kejap, dan update Blog aku. Owh ya, dalam sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan MAC 2011. Tak terasa kan? Target aku? Masih tak lagi tercapai. masih lagi lewat dari jadual.



Hidup ni memang tak seperti yang kita rancangkan, sentiasa ada corner-corner nya sana sini.