BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 21 April 2011

Malas Tapi Nak Jugak!

Salam all... ini hari aku rasa teringin nak update blog yang dah lama aku teringin.  Serius, aku semakin malas nak mengadap blog. Bukan apa, line tak berapa bagus la pulak. Sure korang boring bila dengar alasan aku nih kan? Tapi itu la sejujurnya..  Aktiviti-aktiviti aku kebelakangan ini :

BERDISKUSI/ MENGUMEN (pendek kata - tukang kaki komen yang aktif kat group kitarang)

For the past few weeks, itulah kerja aku, menyerlahkan bakat diri aku yang pandai nak mengomen atau banyak LOYAR BURUK kat FB. Rajin laa aku melepak kat group kita rang. Bukan apa, lucu bila bersembang menggunakan bahasa ibunda. Dah tu, percayalah yang satu gambar boleh bawak berjuta-juta kesah. Ada korang kesah ke? hehehheheh Aku tak kesah kalau korang tak kesah pun.

MENONTON MOVIE ASTRO YANG MEMBOSANKAN GILA!

Haaa... yang nie almost every time every day aku buat, kekadang movie yang tengok aku, bukan pasal aku tetido, tapi sibuk melayan game bebudak kecik tahap 1 je. main padan-padankan warna la kiranya. Motif? Nak menajamkan IQ kunun. HAPRAK tul kan?

LAYAN PERASAAN

Haaa yang ini memang most of the time, bukan aku jiwa2... aku layan perasaan ngan belek magazine, katalog, dan blog orang lain. Yerlah berangan2 la kira nya tu.. Waa indah sungguh bila berangan2 nih.. selain daripada aku jadi pengulas tetap cerita CINTA ANTARA KITA kat tv 3 tu. Tapi paling aku tak gemar bila tiba je masa nak tido aku asyik2 terfikirkan "Esok ari nak pakai baju apa?" "Esok ari nak buat apa?", "Esok ari nak settle preparation tender" dan macam2 la esok arinya. P aku jugak lah yang kaya nak menangguh2 tugasan. Aku malas nak buat keje pejabat kat umah, bila dah kat pejabat aku malas nak buat keja itu. Ngek tul kan?

Sebenarnya lah kan, aku ada banyak lagi aktiviti yang aku nak listkan termasuk lah aku P MENGUNDI. hahahah, Menunaikan tanggungjawab tu, korang ada ke? Mesti lah ada kan? korang kan sama bertanggungjawab macam aku. Yelah semangat patriotik kenegeraan tu ada. (ntah apa2 la yang aku rapek kan ni kan? Aku nak cite lebih tak leh coz UNDI ADALAH RAHSIA). 

Insiden pagi tadi, ada orang puji aku. Hahahah kelakar tapi aku cover ngan senyuman dan ucapkan terima kasih je lah.. THINK POSITIVE.. kata kakak itu, Dyana... ko ni makin cantik, ada2 saja penampilan baru tapi menyenangkan mata, tapi nape ko tak kawin-kawin lagi.  HAIYO akak! geram pun ada dengan ayat2 nya itu, tapi dah lali dah. Aku pulak menjawab selambe... Alah, akak carikan je  dulu, kalau sesuai ok la. Hahahahah, dan akak itu pun terdiam. Pasal, sebab dia tau aku dah bengang... dan aku takda masa nak berkhutbah sebab aku lom  biometric punch ag. Matilah aku pecah rekod datang rite on time sekali sahaja dalam ini tahun. Dahsyat kan? hahahahha  Dahsyat malas nya aku. 

Melihatkan situasi di atas sekali dalam bentuk tulisan, sapa la nak suke kat aku kan? huhuhuhuhu P tak kesah lah.. janji keje aku siap, dan orang senang ngan aku, aku yang pemarah lagi tegas. Dan ini malam kawan aku post satu link yang hebat untuk direnung-renungkan bersama, KENAPA LELAKI KAWEN LAMBAT. Jadinya aku yang mudah tertarik nie, share la link tu kat wall aku. Dapat la aku respon dari sorang teman FB. Dan tak pasal2 la pulak orang tu cakap aku terlalu memikirkan pasal jodoh, walhal aku tak lah terlalu memikirkan cuma TOPIK : JODOH itu, selalu la berkumandang kat telinga aku. Aku on je bila perlu untuk berbahas berkenaan perkara ini. Sekadar berkongsi pendapat tak salah kan?

Selain itu, aku jugak melayan BERSAMA MU tadi. Kisah pasal Kanak-kanak Down Syndrome. Aku boleh menangis tersedut2 hingus jernih... terharu la sangat2 aku tengok ketabahan ibu2 dan cikgu2 KIWANIS tu. Dan betapa aku terharu dan kagum dengan auntie aku. Betapa aku sayangkan sepupu aku, MIA... rasa nak je ke KL waktu-waktu ni. Kalau auntie baca blog aku, aku sayang bangat sama kamu dan MIA!... MISS U BOTH. 

Ok lah... abis dah idea aku nie... abis dah ku terjemahkan di blog ini. Takdanya benda yang ilmiah yang aku kongsikan pun kat entri ni, yang ada pasal aku je ni. So jangan marah jangan BUHSAN pulak la ye.  Saje-saje jer...

Wassalam....


Rabu, 6 April 2011

Aku kembali!

Kini ku kembali... kembali bersama diriku yang baru.. lalalalal ... suka ati aku je. huhuhuhu. Owh ya... Assalamualaikum and Good Day everyone. Waaa, agak lama aku tak update blog aku. Aku agak malas lah, takda idea dan ditambah lagi ngan "kewujudan" bos baru. Rasa macam dah selesa bekerja tanpa "bos" besar gitu. Huhuhuhuuh. aku tak sebok pun pasal politik kat Sarawak ni. Kisah tu adalah aku ikut sikit-sikit. Makin hari makin meluat aku dengan politik negara nih. Terlalu banyak spekulasi, propaganda dan gossip. Mengalahkan artis. Walhal "MEREKA" itu nyata-nyata public figure.

Banyak ni.. banyak sangat yang aku nak kongsikan kali ni. Ngan kisah aku sekarang ni, sampai lah ke masalah dunia sekarang. Tapi tengoklah sampai part mana aku terlarat nak kongsi. Heheheheh, tapi rasanya kali nie aku nak share pasal KESIHATAN kot... Sebab pagi tadi dapat panggilan dari seseorang. Bukan PANGILAN HANGIT tau... tapi Panggilan Rindu katanya... Rindu nak dengar suara aku. Suara aku pun baru je nak kembali, tapi ni dah nak serak balik. Bukan pasal aku slalu menyanyi kat K-BOX, tapi pasal batuk-batuk dan selsema. Suara seksi orang sakit. hehehehehhe

Tapi aku ni, sepanjang 3 minggu yang lepas memang agak kurang sehat, tapi aku jugak yang balik last dari office (datang plg lewat awal pagi pun aku gak). Hehehehehe. Apa nak jadi lah aku ni kan. Dah ada bos yng sebegitu strict pun masih gak terlewat.Okay... kali ni aku akan share pasal apa itu KOLERA? so ready la ngan buku dan pen ya. Mudah-mudahan korang dapat la serba sedikit info-info berguna. Sila klik sini ---> KOLERA. Tapi sangatlah simple penjelasan nya itu. KOLERA ni nama panjang bagi TAUN. Sapa tak tau TAUN kan? Tapi berapa ramai yang tau pasal taun? Tak ramai. Taun ni merebak bagaimana dan adakah cepat ianya merebak? Owwwh dan jawapan nya sangatlah cepat. Aku adalah salah seorang yang tak ambik port pun pasal kes taun ni. Rupa-rupanya baru lah aku tau betapa mudah nya taun ni merebak.

15 Mac yang lalu, 111 kes Taun dilaporkan di DAERAH LIMBANG. (dalam masa seminggu) je tu... belum lagi selepas itu. Nak dijadikan cerita, aku terpaksa ke kawasan pedalaman, kawasan kampung di sepanjang pinggir Batang Sungai Limbang pada 21 Mac 2011 yang lalu. Aku tak tau pun yang kebanyakan kampung kat situ dikuarantinkan kerana kes Taun. Pada aku takda apa hal la, sehingga lah bestfriend aku menasihati aku untuk hati-hati. Kenapa? katanya kebanyakkan kampung di sana di kuarantinkan dek pasal TAUN, dan member aku citer la yang Taun nie bahaya. 

Tapi apa kaitan nya kan? KAITAN nya, wabak ini dikatakan berpucya dari sumber air yang tercemar dan sangatlah mudah merebak, dan penyakit ini tidak ada menunjukkan gejala pada awalnya until the very very la next day nya. Sampai dah tercirit dan warna najis dah berwarna putih (seperti air beras) muntah-muntah dan penurunan berat badan yang mendadak. Rupa-rupanya jugak kes ni boleh bawak MAUT. Dahsyat kan?DAN aku pun hanya MAMPU BERTAWAKAL bila member aku g tau macam tu. Tapi kan, memang ada hikmahnya lah aku rasa sebab aku terpaksa batalkan temujanji dengan AJK kat dua buah kampung di kawasan yang berkenaan apabila aku di arahkan untuk ke Kuching pada petang itu jugak. Syukur aku ke hadrat Ilahi. Tapi, kalau dah nak sakit tu kene la jugak. 

Mungkin sekarang ni aku kekurangan Vitamin C kot, tu pasal mudah kene FLU. tak taulah terkurang ke terlebih. huhuhuhuhu. Yang aku risau ni, aku dah berapa kali ngadap cik T ni. Takut pun ada jugak. Bukan apa, banyak keje tak settle lagi ni. Atau impian nak tdo di hospital tu makin dekat. Huhuhuh, P tak kisahlah... aku redha... Sakit ni kan ada hikmahnya.Alah apa lah sangat sakit aku kalau nak dibandingkan ngan insan-insan kat luar tu..Ada yang kanser payudara, otak dan macam-macam lah..Syukur aku ke atas hadrat Ilahi, ke atas nikmat yang di baginya, dan ke atas penyakit yang didatangkan oleh Nya. Yerlah... dari penyakit la kita menghargai masa sehat tul? Macam CINTA jugak, dari perpisahan la kita rasa RINDU. 

Owh ya, penawar bagi KOLERA dan langkah pencegahan nya ada kat sini  (RISALAH DIE NI).. So jangan malas nak membaca pulak ya. Dan lakukanlah perubahan sekarang! Macam yang aku penah pesan kat sorang insan ni,  JANGAN MALAS NAK FLUSH TOILET PAS BUANG AIR BESAR DAN JANGAN LUPE NAK CUCI TANGAN. Tak tau lah aku kalau insan tu masih ingat ke tak lagi, coz pesanan percuma pesanan kementerian kesihatan nie memang selalu orang lupekan. Apatah lagi "ORANG" itu. Sedih nie...Apa-apa pun, jagalah kesihatan anda sekarang jangan tunggu lagi seminggu nak mati baru sebok nak jaga kesihatan.  KASAR ke? Biar aku kasar sekarang dari kasar kemudian demi kebaikan korang jugak.

Pada abang... jaga diri tu, dan jangan terlalu fikir yang bukan-bukan. Kalau keadaan dah semakin teruk cepat-cepat g klinik k. Take care u all! Wassalam.


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,
Kaya sebelum miskin 
Sehat sebelum sakit,
Muda sebelum tua, 
Lapang sebelum sempit,
HIDUP SEBELUM MATI!