BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 15 Jun 2011

SO SHUWWWIIITTTT

KITA, KITA, KITA TELAH DITAKDIR BERSAMA (kata Tam Spyder). Eh apakah relevan nya dengan title entri di atas? adalah... ko rang kena baca dulu nape dan apa yang aku cakap shuuuwiittt ni. Serius, mata ku kuyu tapi aku tersenyum dan jari jemari ku crgas waktu ni. 

ADOI.... apesal mata aku berat semacam je ni, macam kene lekat gam UHU jer. Wohhh penat gila mata ku ini. Tapi aku maseh sebok nak blogwalking. Walhal esok jauh gak perjalanan. Perjalanan yang boleh mendemamkan diri sendiri. 

Assalamualaikum.... lambat sikit bagi salam. Serius mata ku penat. Aku Excited nak cite pasal lagu KITA SATU ni. Wooo best giler... suara Tam Spider aduhh memang kelass gitu. Senang cakap kalau suara tu makanan memang lichinnn la pinggan. Puas hatiku pas dapat donlod lagu die. Nih lirik nya. Nak tau tak, lagu nie buat aku tersenyum pas aku stress ngan citer NORA ELENA tadik. waa esok lagi lah aku stress. Tak leh nak tengok tru TV3. frust2.. 

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/11/lirik-lagu-kita-satu-spider.html#ixzz1PGRoyRnz

Owh ya, hari ini juga aku secara tak sengajar tertengok la sesuatu nih... <gossip2 liar> Pergh.. dah tukar gaya personaliti rupenye. Patut semakin yakin dan agak "gatal" sedikit. Word pun semakin daring2 gitu ae. Hehehheeh, Apa-apa pun, kalau dengan cara itu boleh menggembirakan awak, boleh menambah keyakinan awak, terserah lah ye. Pandai-pandai lah bawak diri dan jangan ganggu aku sudah. 

Owh, happy belated birthday wat Mr. Z. moga bertambah bahagia(takkan tak bahagia kot... :) ) Anyway, mudah-mudahan rezeki semakin bertambah, n sory sebab rasanya saya antara org yg paling lambat sekali wish kat mr.z

Selasa, 7 Jun 2011

RINDUKU TAK BERTEPI

Salam semua.... agak lama aku tak update blog aku. Kebelakangan ni sibuk tak mengira tempat dan mood untuk   menulis pun semakin kurang. Malam ni aku terpanggil untuk meluah rasa hati ku. 


Betapa malam ini aku rasa terlalu rindu,
rindu yang teramat sangat.
Rindukan ibuku, walaupun pada saat ini ibu ku ada di sisi. 
Mak, maafkan anak mu ini mak,
Salah ku dosaku tak bertepi mak. 
Mak... aku sayang sangat-sangat kat mak. 
Lara hati ku mak bila telah mengguris perasaan mak. 
Mak, ada lagi 4 hari kita bersama mak.
Maafkan aku mak sebab... sebab... mengguris perasaan mak. 


Korang, hargai lah mak, sayangilah mak, jaga perasaan mak. Aku taU mak aku pada asalnya tidak lah terasa mana, tapi bila aku mula meminta maaf, mengalir air mata mak. Mengalir terharu barangkali atau masih terguris hatinya. yang aku pasti KEKESALAN aku ini tidak membawa apa-apa makna. Tapi aku hairan gak dengan sesetengah anak ni, selamba je menyakitkan hati mak sendiri. Sedangkan aku, pasti ada rasa kesal sampaikan susah nak tido. Selagi mak aku tak senyum selagi itulah aku susah hati. Esok aku nak buat mak aku tersenyum macam hari-hari sebelumnya. LOVE U MUMMY!