BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 27 Julai 2011

Sekali lagi...

Salam all...

Walaupun blog aku ni takda terima apa-apa komen dan kurang dilawati aku tak kisah sangat.. Tapi aku anggap je ada yang membaca blog aku ni. Hari ini buat kesekian kalinya IMAN ku diduga. Aduh2, sungguh kurang ajar bahasa yang digunakan oleh Makcik Mandor itu. Pagi-pagi aku pulak yang mendengar bebelan marah nya. Susah ke nak cakap bagus-bagus kan> Aku dah cukup lama geram, bukan geram suka tapi geram la dengan perangai nya. 

Asyik nak mengata rakan setugas yang lain, asyik hatinya saja yang mau dijaga. Walaupun aku sebaya umur dengan anak nya, tapi harus dikenang aku rakan sekerjanya. Kalau aku benar-benar tidak bertolak ansur seprti apa dikatanya sudah lama ku biarkan.Susah-susah. Aku sebagai Penilai Pertamanya tidak minta dihormati dipanggil bos, dihormati lebih-lebih. Cukuplah kalau kita sama-sama menghormati sesama rakan sekerja. Pagi tadi tersembur juga amarah ku, walau aku cuma meninggikan suara ku kepadanya. Aku tau dia baru kehilangan tapi apa haknya untuk marah-marah.

Bila keadaan dah tenang aku mesej la, kasi tau jangan marah-marah dan terangkan situasi sebenarnya. Ku jelaskan juga apa rasa ku, Rasa ku ingin menolong tapi dimarahi pula. Tapi tau apa ku dapat pada pukul 7.30malam tadi??? Aku dapat mesej putar belit ala-ala KARPAL SING, Kata-kata hina lagi. IRONINYA, yang menghina nya dia, tapi aku pula dituduhnya siap dengan msg berbaur ugutan lagi. BIla ku jawab ku katakan akan ku simpan mesejnya sebagai bukti lantas aku di bawa untuk bergadoh. Betul-betul perangai macam budak-budak. Serius.. taulah umur tu dah lanjut, tapi tak perlu nak putar belit cerita. 

Rasa ingin saja esok hari bertemu empat mata, tapi ku kira tiada guna. Silap-silap kene penampar orang tua tu pulak. Hilang rasa hormat ku kat orang tua tu. Umur sebaya umur mak aku, tapi perangai macam budak kecik. Boleh lah diklasifikasikan tidak berakal. Hahahhahah Taulah diri tu tengah marah tapi ahhh gila ahhh. Kekadang bila aku baca balik rasa nak gelak sakan guling2 pun ada. Siap ngan pantun2 lagi msg nya kat aku. Adoh-adoh Cik kak... Aku bukan nak sombong kata diri aku bos. Walhal memang aku bosnya, aku penilai pertamanya, tapi sayang... orang itu hanya berfikir pasal dirinya. 

Bila keadaan dah tenang aku anggap apa yang berlaku ada lah cubaan yang didatangkan oleh Nya, agar aku bersikap lebih matang, dan tidak terlalu beremosi walaupun agak payah. Yerlah darah muda pantang dicabar. Mujur, hati ku masih mampu bersabar.Aku serah je kat tuhan untuk segala ketentuan. Tapi, aku yang dihina sama sekali tidak akan melupakan apa yang pernah di katakannya. Aku sedikit pun tidak gentar dengan mesej berbaur ugutan. Cuma kadangkala bila aku dah bosan (yerla bosan la nak mesej ngan pakwe takder pakwe) kekadang tu rasa nak je ku layan msg akak mandor tu, Sekali sekala buat kecoh. 

Bila ku kenang balik kalau aku layan dia menamppakkan yang aku ikut-ikutan bodoh jugak. So ku abaikan dan biar kita lihat macam mana. Aku masih sayang dengan kerjaya ku, belum cukup gila lagi aku mahu menambah onar pada diriku dengan membiarkan rasa marah conquer diri aku. Insyaallah aku akan tetap terus professional dalam kerja ku. Pasal SKT nya pula bagaimana ya? Aku belum segila itu mahu menabur pasir di periuk nasi orang lain. Dosa tu... tapi berdasarkan penilaian aku, ada benda yang perlu dikurangkan. Mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya agar dia sedar yang dia salah. Ya, dalam hal ini aku juga bersalah. Salah aku kerana menasihati nya sewaktu dia masih panas. mungkin aku patut saja terus bertemu empat mata pagi tadi. Biar aku melihat reaksinya. Owh mudah-mudahan bertemu lah segera jodohnya agar tidak lagi marah-marah . (ehhh bukan tu untuk aku ke? hehehhehe). Mungkin dia rindukan belaian suaminya.. yerlah setiap kali asyik bagi tau kisah sedih kat aku. Aku bukan tak prihatin dengan masalahnya, cukup prihatin dengan kebajikan kakitangan lain. Tapi... Cukuplah bagi aku. Kakak mandor ini tak boleh la nak lebih-lebih. 

Ibarat Kalajengking... bagus-bagus kita mahu menolongnya, kita pula yang diserangnya tanpa ada usul periksa. GILO ehh GILO. DAN aku, akan ku jadikan peringatan dan pengajaran untuk berdepan dengan kakitangan yang sebegini. Dah namanya kerja, bukan orang awam saja yang marah-marah, mandor pun boleh marah kat TA nya. Nasib seboro-seboro kata bos aku. 

Ahad, 17 Julai 2011

Pesan Mak...

Sudahlah, jangan dikenang jangan diikut rasa hati itu. Ko kan tau macam mana nak handle. Sabarlah, nanti-nanti dia akan okay. Tak pun ko je yang mulakan langkah dulu. Pergi lah ke sana. Buat macam biasa.
Itulah yang mak aku cakap dari semalam sampailah ke pagi tadi. Aku nampak kesan nya, kalau aku sedih mak ayah pun akan turut terkena tempiasnya. Ahh beruntungnya aku bila mempunyai orang tua seperti mereka. Terima kasih Allah. Sehingga lah jam terakhir aku di rumah. Emak masih lagi bercakap perkara yang sama. Aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala sahaja, sambil meneruskan aktiviti ku. 
Tak mak, bukan saya tak nak tapi saya tak mampu. Tak pelah. Saya tak nak orang lain tak selesa. (Berlinangan lagi air mata ku)
Seusai aku siap berkemas, aku pun bersama mak mula mengemas barang-barang dan memasukkan beg-beg baju ke bonet. Kali ini, ku perhatikan mak aku mengikut aku ke mana saja. Ayah pun begitu. Seakan-akan tak mau terlepas pandangan dari anak nya yang sorang ini. Adik cuma curi-curi melihat. Namun ku tahu pasti rasa hiba yang bersarang di hatinya. Ku tutup bonet, dan terus ku salam ayah dan mak. Ku peluk mak erat-erat dan aku menangis lagi. Mak juga turut menangis. Ku katakan ;
Mak, mungkin raya nanti saya balik lagi mak. Lama lagi baru saya pulang. Terus adikku mencium tangan dan ku peluk erat adik ku. Ku peluk lagi mak. Ku tenangkan mak dengan berkata Insyaallah mak, kalau ada mesyuarat nanti saya singgah lagi k mak. Dan mak berpesan buat kesekian kalinya. Sudahlah, jangan terlalu diikut rasa. Buat kerja elok-elok. Jangan sedih-sedih. Ingat jangan terlalu diikut rasa. Aku menoleh senyum dan terus berjuraian lagi air mata ku. Mak pun begitu, adik ku lihat sudah mula berlinangan air mata. Ku toleh ke depan masih kosong. dan aku terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan rumah dengan berat hati. Sempat juga ku dengar ayah melaung memesan jangan lupa call bila dah sampai,
Kalau korang ada di sana pasti korang akan hairan kenapa mesti terlalu emosinya pemergian ku kali ini. Penuh dengan drama air mata. Yerlah aku cuma balik Limbang, yang perjalanannya cuma memakan masa empat jam sahaja. Bukan nya ke Paris atau ke Mekah. Tapi, ahh hanya aku dan mereka saja yang mengerti. Mak dan ayah dapat rasa betapa terkilannya aku pulang kali ini, betapa hampanya aku pulang kali ini. Kali ini aku pulang dengan rasa disisihkan, rasa tidak dipedulikan. Tiada gelak tawa dan seakan-akan segala-galanya berubah. Sepanjang perjalanan aku menangis. (macam buat VC Kebahagiaan dalam perpisahan jee).

Apa-apa pun mak, akan ku kenang pesan mak, walau rasa sedih masih berbaki. Tadi ku tanyakan pada adik. Reaksi mereka bagaimana, katanya biasa-biasa sahaja. Owh baguslah begitu, sememangnya aku sudah mereka buang. Tak apa lah... aku juga tak mau memaksa. Aku cuma mampu bersedih. Aku juga bukan mahu terus-terus dengan egoku, yang pastinya aku semakin jauh dari mereka. Biarlah Dyana. Sabarlah, bukankah sebelum ini mereka juga pernah berbuat begitu pada mu sebelum ini. Sabar sahaja, apa-apa pun semuanya berpunca dari kamu. Walaubagaimanapun, aku tetap akan terus ingat dan rindu pada mereka. 

Sabtu, 16 Julai 2011

AMARAH MELAMPAU

Penat menunggu, menunggu hampir 15 minit. Boleh mendatangkan marah. Serius rasa sabar hilang seketika masa menanti luggage aku. Asyik2 pusingnya beg yang sama. Beg-beg kami bila pulak nak sampainya? Sesudah sampai, waktu nak keluar polis bantuan yang jaga kat post tu pulak kedekut, kedekut ngan senyuman. Menunggu lagi aku dalam 10 minit di luar. menunggu dengan rasa tak sabar nak tengok Mia si comel. 
Ku perhatikan handphone ku, tiada mesej atau misscall yang ku terima. Owh ya sejak beberapa hari dalam minggu ni aku asyik dapat panggilan yang mendesak. Berapa kali aku katakan yang aku bukan bos. Aku takda kuasa nak mempercepatkan sesuatu. Sabar je la. Tapi... ahh susah nak cakap, masih jugak nak call dan itu mencetuskan rasa marah ku yang dah berkurangan. Tau tak aku terasa ngan mereka yang menanti aku. Tak seorang pun bagi tau mereka ada kat mana. (hal kecik je kan)... tapi kalau dah terasa tu nak buat macam mana. 
Udah tu ada lagi manusia yang nak berhenti bersembang-sembang. Bila aku hon marah pulak. Yang membuatkan aku bertambah marah apabila tak seorang pun cuba bercakap. Sebab semua orang takut kot bila aku marah. Kalau aku buat macam biasa pun mereka tetap tak nak bercakap. Sebab aku kenal mereka tapi mungkin mereka tak kenal aku. Aku cepat panas tapi cepat jugak cool. Tak semua orang faham dan aku tak harap mereka untuk faham pasal aku lagi. Pokok pangkalnya aku punca segala-galanya sebab aku tak mampu mengawal rasa marah ku. Jika diiangatkan agak lama aku tak semarah macam ini. Mungkin, barangkali aku kerap menerima mesej "jangan marah, jangan marah , jangan marah". 
Salam... itulah situasi sebenar yang berlaku semalam. Waktu aku di Lapangan Terbang Miri. Kesian mereka yang tak tau apa-apa kene trauma. Paling kesian mak dan ayah ku. Mereka tak tau apa-apa. Sesampai ku di rumah aku katakan aku mau pulang. Mak waktu itu tengah sibuk menguli-uli tepung. Aku kira mak mesti nak buat bubur puteri berendam. Bubur kesukaan ku. Selepas aku mengatakan aku mau pulang, mak ngan ayah terkejut. nampak air muka mak berubah. Tapi aku tak mau mak ngan ayah terima nasib sama macam mereka bertiga yang terlebih dahulu terkena tempias amarah ku.

Dalam perjalanan pulang, aku terima mesej yang pada aku betul-betul memilukan hati aku. Aku tau aku salah, dan telah membuatkan hati mereka terluka. Aku cuba minta maaf tapi tiada pun kata-kata yang menunjukkan mereka mahu memaafkan aku. Aku teruskan perjalanan ku, setelah aku tahu cuma itu tanggapan mereka pada aku. Semarah-marah aku, tak pernah pun terlintas di hati aku untuk mahu membenci mereka. Sedangkan mereka sanggup. Sanggup untuk buang rasa sayang, rasa rindu pada aku. Aku masih terasa lalu aku katakan saja, buang saja aku terus dari hidup kalian. Anggap lah kamu tidak pernah kenal aku, dan sememangnya aku memang tak layak dalam hidup kalian. Terasa kah mereka dengan kata-kata aku? Pasti, tapi tidak kah mereka sedar yang aku pun turut terasa. 

Sakit sangat bila aku dah melukakan perasaan orang yang aku sayang, orang yang benar-benar rapat dalam hidupku. Lebih menyakitkan bila aku ada masalah dengan kawan-kawan lain mahupun dengan boyfriend aku yang terdahulu. Tapi tak siapa pun mengerti. Aku terus dihukum dengan rasa bersalah. Sedihnya aku, tiada siapa pun yang datang untuk menenangkan perasaan aku. Aku rasa aku betul-betul tak berdaya. Tak berdaya untuk hadir menduduki ujian petang ini. Aku rasakan semuanya dah hilang. Semua yang aku pelajari langsung dah tak ada rasanya. Untuk ujian petang ini aku hanya mampu berserah. Kata kawan ku, kau anggap saja ini dugaan. Tak kan ada yang lancar di dunia ni. Siapa tahu Allah nak bagi nikmat selepas ini. Jujur aku katakan tiada apa lagi yang aku harapkan selepas ini. 

Kadang-kadang aku rasa lebih baik aku tiada lagi. Mahu saja ku rempuh penghadang jalan di depan, mahu saja ku rempuh tembok jambatan biar aku hilang. Tapi aku kenang mak dan ayah ku. Kesian mereka nanti terpaksa menanggung malu, paling aku tak mau kesian mereka terpaksa pulak menanggung hutang-hutang aku di bank. Saat ini pun air mata aku tidak pernah berhenti mengalir. Sebab aku tak suka buat orang lain terasa ialah nantinya yang akan lebih terasa ialah aku. Aku la yang akan menangis, bermuram durja sepanjang masa. Terpaksa lah aku belajar menerima hakikat bahawa aku sudah tidak punya teman sejati lagi. Teman sejati aku dah merajuk dan fobia kat diri aku. Gara-gara aku pemarah. 

Walaupun dia juga pernah membuatkan hati aku terluka sebelum ini, membuatkan aku benar-benar terasa dengan kata-katanya sebelum ini. Aku tak pernah lupa itu semua. Seolah-olah aku mengganggu hidup bahagia mereka. Aku pernah terima itu dari dia. Pernah juga aku terima kata-kata , jangan keluar dengan anak-anak aku, nanti mereka pulak yang tak pasal-pasal kena simbah asid. Aku masih ingat itu. Sungguhpun aku tak pernah lupa, tapi tak pernah pula aku terfikir mahu membencinya. Sebabnya aku fahamm, waktu itu aku diugut, keluarga aku diancam. Aku juga tak mau adik-adik ku menerima musibah. Waktu dia mengatakan aku mengganggu hidup mereka pun aku faham... Sudah lama dia bersedih, mungkin saat ini dia rasa gembira kerana kehadiran seseorang. Dan aku? aku hanya mengganggu perbualan mereka. Maaflah, kalau aku nampak aku tak kan call korang, tak kan ganggu korang, sebab KL dan Limbang jauh. Aku cuma terasa tapi tidak pula aku mahu membenci mereka. Tidak kesampaian rasanya. Tidak terdaya tidak sanggup rasanya.

Tapi, apabila aku terlepas rasa marah, mungkin juga selalu, Lalu aku cuba untuk mereka lupakan. Tak apa, mungkin mereka masih marah, masih terasa. Biarlah, kerana semuanya salah aku. Ahh... bila ini semua berlaku, kekadang aku rasa dunia aku dah berakhir. Ironinya, masa putus cinta aku tak lah menangis seteruk ini. Lepas tido bangun esok harinya aku akan okay. Sebab aku tau dia bukan jodoh aku. Tapi bila melibatkan keluarga sendiri aku tak boleh. Aku tak mampu. Pagi tadi aku terima msg dari dia. Mengatakan yang dia tidak sanggup mahu berjumpa aku lagi buat masa ini. Sekali lagi hati aku remuk. 

Inilah akibatnya kalau terlalu rapat kan? Sudahlah rajuk ku pada teman rapat di sini tak hilang lagi, ini bertambah pulak. Sekali lagi aku salahkan diri aku, kerana tak pandai nak kawal perasaan marah aku.Ahh sudahlah Diana, jangan kau tangisi kerana kau tak kan temu rasa bahagia, rasa senang dari tangisan itu. Berhentilah menangis, hadapi lah dunia nyata, berubah lah kau untuk diri kau sendiri. Orang tak kan selama-lamanya senang dengan diri kau sendiri. Kau mulakan hari ini sebagai permualaan dengan membahagiakan orang lain. Tak pun semua cukuplah kalau mak dan ayah kau senyum bila kau pulang nanti. Ingat tu, orang tak kan selama-lamanya akan senang dengan diri kau. Kau buang lah yang negatif, nampakkan yang positif pada diri kau. Jadikan hari semalam sebagai peringatan.

Berpijak lah di bumi nyata, tak kan mati kalau tiada siapa yang memahami perasaan kau sendiri. Kalau orang tak faham dirimu, cukuplah kamu faham dirinya. Biarlah mereka senang, kerana kau hanya akan beroleh rasa senang jika kau membahagiakan orang lain. Berhenti lah kau mengharap orang akan faham tentang diri kau, siapa kau. Hanya Allah saja yang benar-benar mengenali siapa kau. Kau harus menangis kerana dosa kau pada Nya. Sudahlah sudah... kau sudah tunjukkan rasa kesal kau, kau sudah minta maaf biarlah orang itu yang memutuskan untuk menerimanya. Kau teruskan lah bertenang, walaupun agak kekok. Tenang lah Diana

Ini adalah apa yang aku rasa saat ini. Bukan mahu membuka pekung di dada. Tapi sekurang-kurangnya biarlah korang dapat satu pengajaran di sini. Orang yang marah-marah selalu rugi. Dalam hal ini aku lah yang rugi. Rugi yang tak mampu nak dihurai tak mampu nak dikelaskan lagi. Kalau korang rasa entri aku ini mengada-ada pastinya korang tak pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Mungkin juga korang tak berjiwa sensitif seperti aku. Ini aku nak tunjukkan sebenarnya, betapa keciknya hal itu, betapa remehnya hal itu, boleh menjadi besar hanya kerana bila hati sudah terasa dan ego yang tebal menempek kat hati tu. Dan betapa sakitnya kata-kata daripada tamparan. Kalau anda juga pemarah seperti ku, kawal lah rasa marah tu kawal rasa baran tu. Sesal tak sudah nanti.


Rabu, 6 Julai 2011

STUDY!

SINDROM M terus datang menyerang bila tengok buku gini
Betul la kata orang veteran-veteran ni, memang kalau dah lama tinggalkan zaman persekolahan ni Aduhhhh payahnya rasa nak study. Yang sebenarnya MALAS dah nak study muddy ni. Mungkin sebab kita rasa kita dah makin dewasa dan pengalaman itu sudah memadai. Tak perlu dah bukak-bukak, selak-selak buku.Walhal study benda yang sememang nya ada disediakan jawapan. Macam nak ambik tabble test tu la. Kan senang jer. Maybe ini salah satu sebab kenapa ada yang tak lulus-lulus lagi.

Dan kini... aku lah salah seorang daripada orang yang sangat lah terasa MALAS nak study. Ada-ada saja halangan bila RAJIN itu datang. Terpaksa lah aku memotivasikan diri untuk study. Masalah nya aku nie, kalau aku tak dapat memahami sesuatu tu, aku memang tak kan dapat nye. Even orang cakap ko just perlu hafal je. Part menghafal aku memang tewas lah. Memang aku surrender. Tapi dek kerana aku tak nak rugi RM250 something, aku gagahi jugak la diri aku ni belajar. Tambahan pula Exam dah dekat.Mungkin jugak semangat aku yang membara dan semakin suram kot. Yerla dah terlalu lama aku menanti. Tapi itu cuma alasan je. Aku sedar tu.

Walaupun cuma RM 250.00 Tapi bagi aku nilainya tinggi! Susah tul nak cari duit sekarang ni.


Matlamat aku??? Aku nak berjaya dan aku nak sangat dapatkan Authorization Card tu. Aku perlu faham supaya mudah untuk aku explain kat org dan aku ada jawapan yang betul bukan nya main rasa-rasa. Almaklumlah, kalau setakat rasa-rasa, kita memang tak kan dapat keyakinan dari orang lain. Tips nya? aku kene anggap apa yang aku study ni adalah yang kita lalui hari-hari. Set-set contoh kertas ujian tu aku anggap cuma MAJALAH KEWANGAN je. Haaa ini kira satu cabaran la buat diri aku. Dah biasa ngan Engineering kali ni main ngan percentage, main ngan duit pulak. Aku pasti BOLEH! Kalau kita tak study macam mana kita nak tau tol tak?

YAY! Aku Pasti Boleh! Aku nak lompat cenggini gak nanti kalau aku BERJAYA!

Lagi satu, niat yang baik nie selalunya memang ada banyak halangan. Orang yang berjaya melangkaui halangan yang melintang sana sini tu dah kira berjaya dah. Tapi kalau dah dapat apa yang disasarkan itu maknanya dah Luar Biasa Berjaya. Sapa tau, ini langkah aku yang baru ke arah kecemerlangan dalam hidup kan? Paling tidak pun aku terdedah lah serba sedikit mengenai UNIT TRUST ni. Khamis nie, aku kira tak perlu lah aku ambik paper yang disediakan di luar pintu pesawat. memadai aku bawak highlight ngan set soalan. Tak perlulah aku baca MAJALAH GOING PLACES buat masa ni. Kene, aku kene study. Tapi study nie macam CINTA la jugak kan. Cinta kan tak boleh dipaksa. (Kata-kata orang yang malas). 

Mesti korang pernah lalui apa yang aku rasakan. EXCITED- to learn somenthing new, DOWN-cuz waiting for so long, BEKU- sebab dah rasa diri hebat. Tapi percayalah... KITA SEMUA BOLEH MELAKUKAN apa yang kita rasa kita tak mampu, dengan hanya sedikit dorongan motivasi. Tapi JANGAN SESEKALI MEMAKSA DIRI! owh ya... Jangan lupa bukak tudung botol mineral tu!

INFO : Warna tudung botol adalah berbeza-beza. Biru adalah untuk air mineral dan putih adalah untuk air minuman.

Apa relevannya study dengan botol mineral??/

Ini relevannya.... Ibaratkan diri ini botol mineral yang kosong. Kalau kita tak bukak tudung botol, macam mana kita nak isi air ke dalam tu kan? SALAH KE??? Haaa? LAAAAAA Pastilah kena ada sumber air dulu, baru lah air dapat masuk.Jadinya, samalah jugak dengan kita manusia ni, kita perlukan ilmu, maka haruslah kita membuka minda kita dulu. Jangan la kita bukak minda untuk fitnah je. Dan lagi satu, kalau dah penuh air kat botol tu, kita tutuplah untuk memelihara kandungan nya. Tapi jangan la kita tutup dan simpan tapi tak guna. Untuk kita berkongsi ilmu, perlulah kita bukak lagi tudung tu. Jangan takut, tak kan hilang ilmu kita sebab.Automatik kita akan dapat refill semula. Maknanya... bila kita dah dapat sesuatu ilmu tu, wajarlah kita kongsi kat orang lain, biar sama-sama kita merasa nikmatnya berkongsi ilmu. 

MACAM MANA PULAK KALAU DAPAT ILMU YANG TAK BETUL??? Wajarlah kita berkongsi dengan orang lain jugak, tapi BUKAN MENERUSKAN AMALAN ILMU YANG SALAH. Tapi kita kongsi la dari segi lain betapa tak elok nya kita mengamalkan ILMU itu. Jangan pulak kita gunakan DASAR BERKONGSI ILMU ini, sebagai alasan KITA BERKONGSI CERITA ATAS CERITA. Itu namanya sudah berkomplot untuk menyebarkan fitnah. Tapi, kalau kita berkongsi itu, sekadar untuk mendapatkan hikmah dari apa yang berlaku tidaklah pulak salah. Kalu tujuan nya untuk memuhasabahkan diri. Asalkan tidak Membuka Aib orang lain, dan pekung sendiri. 

Owhh lagi banyak aku merapu meraban.. lagilah aku tak study. Okay harap penulisan ku kali ni ada lah yang peduli. Bukan nak kata diri aku bagus, tapi aku cuma mengutarakan pendapat aku, apa yang aku tau yang mungkin korang semua dah tau. By the Way, kalau nak dapat ilmu dari orang lain, mulut kene zip dan minda kene terbuka. Jangan tau nak mencebik kan mulut sudah, tapi... kalu dah begitu dah mulutnya nak buat macam mana kan? HIHIHIHIHI.... Nanti, kalau aku dah betul-betul faham aku akan share apa yang aku tau mengenai UNIT TRUST ni. Wassalam...  
Seksi tak hengat ke bila wat mulut cam ni??? Kasi motivasi orang turun lagi ada

Jumaat, 1 Julai 2011

FOBIA!!!!!!!

Aghhhhh mana??? mana??? mana??? Eeeeee... kenapa la kenapa?? Why? Why ME! Nape la ko tak bunuh je tadik? Betul ke bende tu tak masuk kat dalam.. Haaa masuk?? Masih ada lagi lah ni?

Itu baru sikit apa yang aku rapu, apa yang aku repekkan bila FOBIA aku dah datang. Sampaikan terdengar bunyi berdesir sikit, bunyi bende jatuh atau benda yang berbunyi lah... bunyi-bunyi halus aku dah tertoleh ke sana ke mari mencari dari mana puncanya bunyi tu. Belum lagi aku keluar dari kereta dengan "terjun" (korang ade??) belum lagi part aku terjerit kegelian sambil kaki aku terangkat (waktu tengah drive) Haih... serius serius.. Saat ni aku tau yang aku dah fobia tahap melampau dan tak pernah susut-susut pun rasa fobia tu.

Ehhh.. lupa lak nak bagi SALAM. Waktu tengah menaip ni pun serius mata aku dok meliar-liar ke bawah kerusi, meja, sudut dinding, bla bla bla.Jap-jap, sebelum aku pegi jauh lagi pasal KEFOBIAAN aku, biarlah aku share ngan korang definisi FOBIA. Melalui hasil pembacaan aku, dapat lah aku simpulkan bahawa FOBIA ini membawa maksud :

INDIVIDU (PENGHIDAP/PESAKIT) YANG MENGALAMI KETAKUTAN YANG TIDAK WAJAR ATAU RASIONAL TERHADAP SESUATU BENDA ATAU SITUASI YANG KHUSUS

Kalau korang perasan la kan, definisi di atas ada menyebut SESUATU BENDA / SITUASI YANG KHUSUS. Ini maknanya, ada org takut dengan binatang, air, dan tak kurang juga dari segi sosial, perhubungan, atau suasana. Iaitu :-

  1. Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri-cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
  2. Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
  3. Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai
Dan dalam kes aku, aku tersenarai kat FOBIA BIASA / SPESIFIK. Aku cukup Fobia ngan KALAJENGKING dan SPIDER! gila la seram dan geli nya aku bila tengok benda tu. Asalkan berkaki lapan, hitam dan berbulu kaki nya confirm meremang bulu roma, serentak itu aku dapat rasakan darah aku mengalir naik ke atas kepala..dan mula la aku tak senang duduk.

Walaupun aku pernah bunuh 5 ekor kalajengking sebelum ni dan dua ekor labah2 berbulu lagi besar, aku masih lagi takutkan binatang tu. Automatik kaki aku akan rasa ringan, dan peti suara aku terus menjalankan tugasnya (MENJERIT SAKAN TAK TENTU PASAL). Baru-baru ni, bukan baru lagi kira-kira dalam kol 2.30pm tad, aku tak terserempak ngan benda tu, tapi aku baru dengar dari member aku yang kalajengking tu lalu kat depan die dan terus menyelinap ke bawah kereta aku. DANNNNN DIPERCAYAI masih berada kat bawah kereta aku. Nak dijadikan cerita, geli geleman la aku masa tengah drive. Mujur aku masih mampu kawal lagi rasa panik aku, kalau tak... agh tak nak bayangkan. Geli tau tak, aku dah rasa2 bende tu ada merayap kat kaki aku, even masuk ke dalam baju aku. 

Dahtu, payah la jenuh la kawan aku memujuk aku untuk keluar dari kereta. Dek ketakutan aku melompat keluar dan berlari tak semena-semena. Macam la benda tu nak kejar aku ke Office. Sampai masa nak balik aku cukup susah hati. Rasa takut dan panik melampau aku datang balik. Tapi mujur mampu aku kawal. Sebab member aku bagi tau, yang KALAJENGKING ni, boleh bau kalau ada orang takut. Kiranya hormon ketakutan itu dapat lah dihidu oleh nya. So aku tawalkan diri dan aku berserah kepada Nya je lah untuk melindungi aku sepanjang 5minit perjalan pulang aku ke rumah. Sesampai je ke rumah pun fobia aku tak habis-habis lagi. Setiap kali hujan, aku pasti risau kalau bende tu datang merayap ke dalam umah aku. Ish... hanya orang yang macam aku je memahami betapa fobia nya aku ngan binatang tu.

Sampailah teman FB aku bagi petua ni kat aku :

Hafalkan Shalawat kpd Nabi Muhammad SAW x3, Alfatiah x1 & Ayatul Kursi sampai akhirnya x1 selepas tu berdoa kpd Allah SWT~~ memohon dijauhi drp gangguan binatang2 berkaki 8, segala yg terlintas di hati, fikiran & perasan, penglihatanmu serta pendengaranmu.Amalkan setiap waktu yg kamu boleh membacanya...
Buat masa ni alhamdulillah aku boleh bertenang, tapi... aku masih tak berani nak masuk bilik mandi. Geli, nak ke tandas tadi pun aku dah terjerit-jerit. Sekejap aku mampu, sekejap aku tak mampu. Nak tau tak apa lagi yang aku fobia??? aku FOBIA MALAXOPHOBIA. Nak tau apa itu FOBIA MALAXOPHOBIA? rajin-rajinkan diri untuk google apakah menatangnya itu. 


-Suka atau tak, aku mesti berdepan ngan masalah nie, sebab itu je penawarnya-