BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 6 September 2011

HIDUP MACAM WAYANG GAMBAR

Salam... Salam lebaran salam merdeka la juga diucapkan buat yang rajin membaca post aku ni. Terima kasih daun keladi pada yang sudi singgah ke blog. Nak suh korang follow blog aku, aku segan la pulak. Takut korang tak sudi. Hehehehehhe.


Hidup ni macam dalam filem kan. Full of SUPRISED kata orang cuma nya hidup ini tak lah ada skrip, yang tau jalan cerita dari a-z cuma Allah je yang tau. Pelakon pun tak tau. Kiranya filem realiti lah, spontan gitu. Tapi Pengarah kita cukup hebat. Kenapa aku tiba-tiba cakap hidup ini macam FILEM? pasal tadi aku berdebat pasal cabar mencabar lalu terkenang lah aku dengan movie2 nie. Tapi aku nak kelaskan based on movie dari negara mana jer, bukan based on tajuk movie.


MOVIE TAMIL = JENIS YANG MENYAHUT CABARAN (pantang dicabar laaa)
MOVIE KOREA/CINA = UNIK DALAM MENYAHUT CABARAN (macam2 je style nak tackle awek/pakwe)
MOVIE BARAT = NAFSU (segala2nya terdorong oleh nafsu)
MOVIE MALAYSIA = PASRAH (dah puas pasrah ada pulak SANTAU MENYANTAU)


Ada kaitan tak? ada la.... cube korang tengok citer tamil, kalau demi cinta bila di cabar pantang hero nya tak sahut. Mesti ada action2 lagi siap ngan sound effect. Movie KOREA pulak, slagi orang yang nak di tackle tu sedar selagi tu lah cuba ambik perhatian. Contoh cita Boys Over Flower, Movie BARAT aku tak yah bagi contoh. Segala2nya didorong oleh nafsu. Nak berjaya pun kerana Nafsu, bila dah declare pun terus bernafsu. Movie kita pulak, redha dan pasrah je kalau kasih di rebut org . (bagus) Tapi, bila dah puas-puas PASRAH datanglah adegan SANTAU 9disebabkan terlebih pasrah dan pasrah bukan kerana Ketentuan nya).


Tapi paling best cerita KETIKA CINTA BERTASBIH. Setakat ni, aku tak la tengok lagi santau menyantau, tapi fitnah memfitnah itu ada. Cube korang tengok, tak ke hidup ini macam wayang gambar???  bukan wayang gambar macam hidup kita, tapi kita yang dah terikut2 dengan movie. So pokok pangkalnya di sini, walau macam mana sekalipun HIDUP ini, janji kita ingat PENCIPTA kita, dan faham serta sedar kenapa kita diduga, kita pasti boleh :


MENGHADAPI CABARAN DENGAN PENUH KREATIF SERTA PASRAH DENGAN KETENTUAN NYA.. TAPI JANGAN BERLEBIHAN SUDAH, BIAR CUKUP-CUKUP RASA JE. INSYAALLAH, RENCAH KEHIDUPAN PASTI NIKMAT.