BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 5 Mei 2011

TAHU? ATAU ADA KU KESAH?

Salam semua... Korang semua apa cerita? sehat? supernova sehat? sakit? demam-demam? Walau apa pun, aku harap korang sehat lah hendaknya dan kalau kurang sehat tu mudah-mudahan cepatlah sembuh ya. Okay... back to the entri title.. TAHU? ATAU ADA KU KESAH? 


Kenapa aku pilih itu sebagai entri dan apa relevannya dengan persoalan-persoalan aku awal-awal tadi? Pasal kali ni aku nak share sikit info yang korang semua memang sedia dah maklum tapi malas nak peduli atau korang tak perasan atau memang korang tak tau. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik mustahil pulak korang tak tahu kan? hehehehhe... Apa-apa pun, anggaplah apa yang aku post ini sekadar untuk me"refresh" kan lagi memori/ilmu yang dah sedia ada.


Okay... aku ambik artikel ni and aku copy paste dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam banyak-banyak artikel kenapa aku nak pilih artikel ni? Nak tau ke sebab musabab nya? Nanti aku akan g tau sebab-sebabnya. So harap korang sudi luangkan masa korang untuk banyak artikel ini.


MENZIARAHI ORANG YANG SAKIT 



Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannya.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara yang semestinya saling cinta mencintai dan kasih mengasihi antara satu sama lain, kerana ianya merupakan salah satu kesempurnaan iman.Islam menganjurkan beberapa amalan yang boleh kita lakukan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama Islam seperti menziarahi saudara-saudara kita yang sedang sakit.


Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Muakkadah. Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.

Ahli Jumaat sekalian,

Sesungguhnya amalan menziarahi orang sakit itu banyak hikmahnya dan fadilatnya kerana dengan demikian akan menggukuhkan tali persaudaraan sesama Islam, melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, dan mendatangkan keinsafan dan dorongan untuk bertaubat, ingat kepada kematian dan seterusnya sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang menziarahi orang yang sakit, ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-


Maksudnya:

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga.  (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).


Ketika menziarahi orang sakit, terdapat beberapa adab-adab yang dianjurkan oleh Islam, antaranya:-

Pertama: Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.

Kedua: Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Ketiga: Jika orang yang sakit itu dalam keadaan tenat dan tidak boleh bercakap apa-apa, maka disunatkan bagi orang yang berziarah itu bertanya kepada ahli keluarga tentang keadaannya.

Keempat: Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.

Kelima: Ketika menziarahi orang sakit ataupun semasa berada di tempat lain pada bila-bila masa, maka disunatkan mendoakan pesakit tersebut supaya lekas sembuh.

Keenam: Andaikata orang yang sakit itu dalam keadaan tenat, tiada harapan untuk sembuh atau dalam keadaan nazak (muhtadhar) maka sunat bagi orang yang menziarahinya lebih-lebih lagi orang yang akrab dengan pesakit mengajarkan atau mentalkinkan (membacakan) ditelinganya kalimah La Ilaha Illallah sekali sahaja. Kemudian diperhatikan keadaan pesakit itu, jika didapati ia di dalam keadaan tenang (mendengar apa yang diucapkan) maka dibiarkan dia iaitu tidak ditalkinkan lagi kalimah La Ilaha Illallah itu. Walaubagaimana pun jika pesakit itu nampak menggelisah atau masih bercakap-cakap atau menuturkan perkara-perkara lain selain daripada kalimah tauhid maka diulangi lagi talkin tersebut sekali lagi, mudah-mudahan matinya nanti di akhiri dengan menyebut kalimah La Ilaha Illallah sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-

Maksudnya:

Dari Muaz bin Jabal ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa yang akhir kalamnya “La Ilaha Illallah” maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).


Ketujuh: Sunat dibacakan di sisi orang yang hampir meninggal dunia itu surah Yaasin sebagaimana juga disunatkan membaca surah Ar Ra'd.

Wahai kaum muslimin,

Jika kita menziarahi orang sakit yang dimasukkan ke hospital, maka peraturan yang dikenakan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dipatuhi. Peraturan seperti mengikut jadual masa lawatan dan larangan membuat bising adalah semata-mata untuk keselesaan dan kesejahteraan pesakit agar mereka dapat rehat yang mencukupi dan Insya-Allah menolong meringankan pesakit agar mereka cepat sembuh. Manakala larangan untuk tidak membawa kanak-kanak kecil di bawah umur lapan tahun semasa melawat adalah untuk melindungi anak-anak dari dijangkiti penyakit-penyakit yang merbahaya.


Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan berziarah khususnya menziarahi orang sakit banyak memberikan pengajaran yang berfaedah untuk kita yang masih sihat dan hidup ini. Oleh yang demikian jadikanlah amalan berziarah ini sebagai budaya kita umat Islam kerana ia mencerminkan perpaduan umat Islam.


Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 10:-

Tafsirnya:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Mudah-mudahan artikel ini berguna buat kalian dan sedikit sebanyak dapat "refresh" pengetahuan yang kalian semua sememangnya sudah tahu atau arif. Mintak maaf banyak-banyak lah yer, kot-kot ada yang terasa hati dengan entri aku kali ni. Bukan aku saja-saja nak tunjuk diri aku baik atau nak tunjuk kat korang aku ni USTAZAH. Bukan apa, kerap kali bila aku mula bersuara, bercerita tentang perkara yang ada kaitan dengan agama, MULA LAH IBU-IBU, BAPAK-BAPAK sekalian bagi tau "BETUL TU USTAZAH". (sila baca ikut tune lagu kumpulan wali band @ cari jodoh)

Kalau aku mula melontarkan pandangan atau pendapat aku mengenai sesuatu (macam politik atau keadaan semasa) MULA LAH IBU-IBU,BAPAK-BAPAK sekalian bagi tau "KO NI BETUL-BETUL MAMARAZI", DAN bila aku melawat teman aku di hospital (di luar masa melawat) Aku di cop TERHEGEH-HEGEH! (salah kah aku melawat menemani teman aku di hospital bila ada ahli keluarganya bersama menemani nya?) Aku tak sepatutnya terasa dengan TERHEGEH-HEGEH tu, tapi aku insan biasa. Memang aku tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala waktu dibagi tau macam tu. 

Tapi hati aku? Dan mulalah aku rasa berbelah bahagi. Takut pulak rasanya nak menziarahi teman aku. Hari ini aku teringin sangat nak menziarahi kawan aku, tapi jadi segan bila aku akan dilabel TERHEGEH-HEGEH atau sengaja tunjuk baik depan keluarga teman aku. Aku tau, orang yang melabel perkataan TEHEGEH-HEGEH, USTAZAH, MAMA RAZI ni mungkin akan terbaca blog aku ni. So kalau korang terbaca, tak payah sindir-sindir, aku mintak korang tak payah la bising-bising dan cuba lah seketika hormati aku jugak. 

Mintak maaf lah kalau korang rasa aku tak pernah hormat korang atau jaga hati korang sebelum ni. Dan atas sebab itu, korang saja-saja cakap macam tu. Tak pe... aku jenis sedar diri. Minta maaf gak la kot-kot korang terasa dengan kata-kata pedas aku. Atau... kata-kata pedas aku tu terkena direct ke batang hidung anda? heheheehe takda niat nak menyindir pun, kalau terasa saya mintak maaf la ye.Tapi cuba korang renung-renungkan dulu kata-kata aku, sebab aku ambik, aku ambik port apa korang cakap. apa yg baik aku ambik, apa yang tak baik aku tegur sebab tegur menegur, ingat mengingati tu bukankan sesuatu yang sememangnya dituntut dalam agama kita? Asalkan tidak menjatuhkan maruah seseorang dan menambah/memberi aib kepada seseorang dan diri kan??????

Wassalam....