BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 Disember 2011

TAMATNYA SEBUAH PENANTIAN

Assalamualaikum... agak lama tak update blog. Bukan nye bz ape pun, cuma rasa nak menyendiri kejap. Akhirnya penantian aku sejak 4 tahun yang lalu berakhir. Yay! aku dah dapat apa yang ku idam-idamkan. Salah satu dari yang ku ingin-inginkan, akhirnya dapat gak walau lambat. Syukur sekali lagi. Takder lah aku risau nak cari keje lain. CONFIRMATION LETTER dah dapat dah. huhuhuhu lega rasa hati.

Satu lagi penantian yang di nanti bakal tiba. Ya Allah ku harap agar kau lancarkan lah segala urusan kami berdua, permudahkan rezeki kami berdua. Siapa menduga yang aku akan berpeluang bertemu dengan insan itu. Keikhlasan nya membuatkan hati ku bertambah kuat. Tidak pernah dirancang, jauh sekali nak target apa-apa. Tiada siapa menduga, pertemuan pertama kali pertama yang tak dirancang sepenuhnya akhirnya menemukan kami.

Memang benar, Allah itu Maha Mendengar lagi Adil.memanglah kita tak dapat terus apa yang kita nak, tapi end result tu yang penting. Insyaallah tahun depan tahun kami. Mudah-mudahan, menjadi alam baru buat ku dan diri nya.

Selasa, 6 September 2011

HIDUP MACAM WAYANG GAMBAR

Salam... Salam lebaran salam merdeka la juga diucapkan buat yang rajin membaca post aku ni. Terima kasih daun keladi pada yang sudi singgah ke blog. Nak suh korang follow blog aku, aku segan la pulak. Takut korang tak sudi. Hehehehehhe.


Hidup ni macam dalam filem kan. Full of SUPRISED kata orang cuma nya hidup ini tak lah ada skrip, yang tau jalan cerita dari a-z cuma Allah je yang tau. Pelakon pun tak tau. Kiranya filem realiti lah, spontan gitu. Tapi Pengarah kita cukup hebat. Kenapa aku tiba-tiba cakap hidup ini macam FILEM? pasal tadi aku berdebat pasal cabar mencabar lalu terkenang lah aku dengan movie2 nie. Tapi aku nak kelaskan based on movie dari negara mana jer, bukan based on tajuk movie.


MOVIE TAMIL = JENIS YANG MENYAHUT CABARAN (pantang dicabar laaa)
MOVIE KOREA/CINA = UNIK DALAM MENYAHUT CABARAN (macam2 je style nak tackle awek/pakwe)
MOVIE BARAT = NAFSU (segala2nya terdorong oleh nafsu)
MOVIE MALAYSIA = PASRAH (dah puas pasrah ada pulak SANTAU MENYANTAU)


Ada kaitan tak? ada la.... cube korang tengok citer tamil, kalau demi cinta bila di cabar pantang hero nya tak sahut. Mesti ada action2 lagi siap ngan sound effect. Movie KOREA pulak, slagi orang yang nak di tackle tu sedar selagi tu lah cuba ambik perhatian. Contoh cita Boys Over Flower, Movie BARAT aku tak yah bagi contoh. Segala2nya didorong oleh nafsu. Nak berjaya pun kerana Nafsu, bila dah declare pun terus bernafsu. Movie kita pulak, redha dan pasrah je kalau kasih di rebut org . (bagus) Tapi, bila dah puas-puas PASRAH datanglah adegan SANTAU 9disebabkan terlebih pasrah dan pasrah bukan kerana Ketentuan nya).


Tapi paling best cerita KETIKA CINTA BERTASBIH. Setakat ni, aku tak la tengok lagi santau menyantau, tapi fitnah memfitnah itu ada. Cube korang tengok, tak ke hidup ini macam wayang gambar???  bukan wayang gambar macam hidup kita, tapi kita yang dah terikut2 dengan movie. So pokok pangkalnya di sini, walau macam mana sekalipun HIDUP ini, janji kita ingat PENCIPTA kita, dan faham serta sedar kenapa kita diduga, kita pasti boleh :


MENGHADAPI CABARAN DENGAN PENUH KREATIF SERTA PASRAH DENGAN KETENTUAN NYA.. TAPI JANGAN BERLEBIHAN SUDAH, BIAR CUKUP-CUKUP RASA JE. INSYAALLAH, RENCAH KEHIDUPAN PASTI NIKMAT.
 
 
 

Selasa, 16 Ogos 2011

Cepatnya!

Salam semua.. Salam Ramadhan buat rakan2 muslim sekalian. Ya! Sungguh tak ku sangka, pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa. Esok sudah hari ke 16. Kita yang hidup pasti seronok, sebab tak lama lagi syawal akan tiba dan bermakna boleh la dah makan di khalayak ramai pada waktu siang. Tapi, pada aku, aku dah mula la sedih, sedih sebab lama lagi tu nak tunggu Ramadhan taun depan. Ini juga bermakna dah setahun jugak lah berlalu. Berlalu Ramadhan yang lalu. 

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini ada juga hikmahnya. Kalau dulu aku berteman tapi kini aku berteman kan family tercinta yang sememangnya dari dulu lagi sentiasa menemani ku. Ku temu kedamaian di Ramadhan kali ini. Bila ku kenang2 Ramadhan yang lalu, aku terseksa dek cinta. ( hahahah cinta la konon). Tapi kali ini ntah lah... Walaupun terasa ada ruang kosong di hati tapi aku suka kan nya. Rasa damai dan tenang. Tak perlu nak fikir pasal org lain.

Sungguhpun begitu, kadang-kadang tak ku nafikan yang rasa kosong itu tetap hadir. Asal saja aku pulang dari kerja, kekadang aku duduk termenung sendirian. Mengenang nasib diri di perantauan. Wahhh macam jauh jer bunyikan... walhal apela sangat jauhnya. Kekadang terkenang juga betapa bahagia nya kawan-kawan masa ini mana yang sudah mendirikan rumah tangga. Cemburu kah aku? Ya aku cemburu, cemburu kerana mereka berpeluang beroleh pahala yang lain. Walauapa pun, aku tahu bahawa Allah sememangnya sudah merencanakan sesuatu untuk ku. Rezeki ku alhamdulillah.. syukur. Walaupun macam-macam yang melanda tapi alhamdulillah sekali lagi, Allah datangkan yang baik2 buat aku.

Hampir saja aku menangis, bukan hampir lagi.. memang dah nangis pun kerana terlalu rindukan keluarga. Ingin berbuka bersama. Alhamdulillah, Allah dengar doa ku. dah aku sangat hargai masa dan peluang sepanjang hampir 2 minggu ini bersama keluarga. Syukur juga bila kerajaan Negeri bagi bonus setengah bulan gaji. Alhamdulillah, dapatlah menampung sikit belanja untuk raya kelak. Bercakap pasal raya pulak, rasanya tahun ini raya kami sekeluarga cuma sederhana, tapi apa yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai.Mudah-mudahan kalian pun begitu juga. 

Ok lah... memandangkan puasa pun dah setengah bulan dah jadi ku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan selamat menyambut bulan syawal yang bakal tiba dengan penuh kesederhanaan dan kemewahan rasa kasih rasa menghargai peluang yang ada bersama keluarga, rakan-rakan dan siapa sekalipun. Sebab kita tak kan tau sama ada kita akan punya kesempatan untuk mengerjakan nya dan meraikannya.Owh ya, zakat fitrah pula jangan dilupa. Kalau kat Sarawak kadarnya cuma RM 6.20 sahaja. Kat semenanjung pun sama jugak kan? Tidakla sebesar mana, jadi jangan lah dilengah-lengahkan ya.

Terdapat ralat dalam alat ini
Terdapat ralat dalam alat ini