BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 16 Ogos 2011

Cepatnya!

Salam semua.. Salam Ramadhan buat rakan2 muslim sekalian. Ya! Sungguh tak ku sangka, pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa. Esok sudah hari ke 16. Kita yang hidup pasti seronok, sebab tak lama lagi syawal akan tiba dan bermakna boleh la dah makan di khalayak ramai pada waktu siang. Tapi, pada aku, aku dah mula la sedih, sedih sebab lama lagi tu nak tunggu Ramadhan taun depan. Ini juga bermakna dah setahun jugak lah berlalu. Berlalu Ramadhan yang lalu. 

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini ada juga hikmahnya. Kalau dulu aku berteman tapi kini aku berteman kan family tercinta yang sememangnya dari dulu lagi sentiasa menemani ku. Ku temu kedamaian di Ramadhan kali ini. Bila ku kenang2 Ramadhan yang lalu, aku terseksa dek cinta. ( hahahah cinta la konon). Tapi kali ini ntah lah... Walaupun terasa ada ruang kosong di hati tapi aku suka kan nya. Rasa damai dan tenang. Tak perlu nak fikir pasal org lain.

Sungguhpun begitu, kadang-kadang tak ku nafikan yang rasa kosong itu tetap hadir. Asal saja aku pulang dari kerja, kekadang aku duduk termenung sendirian. Mengenang nasib diri di perantauan. Wahhh macam jauh jer bunyikan... walhal apela sangat jauhnya. Kekadang terkenang juga betapa bahagia nya kawan-kawan masa ini mana yang sudah mendirikan rumah tangga. Cemburu kah aku? Ya aku cemburu, cemburu kerana mereka berpeluang beroleh pahala yang lain. Walauapa pun, aku tahu bahawa Allah sememangnya sudah merencanakan sesuatu untuk ku. Rezeki ku alhamdulillah.. syukur. Walaupun macam-macam yang melanda tapi alhamdulillah sekali lagi, Allah datangkan yang baik2 buat aku.

Hampir saja aku menangis, bukan hampir lagi.. memang dah nangis pun kerana terlalu rindukan keluarga. Ingin berbuka bersama. Alhamdulillah, Allah dengar doa ku. dah aku sangat hargai masa dan peluang sepanjang hampir 2 minggu ini bersama keluarga. Syukur juga bila kerajaan Negeri bagi bonus setengah bulan gaji. Alhamdulillah, dapatlah menampung sikit belanja untuk raya kelak. Bercakap pasal raya pulak, rasanya tahun ini raya kami sekeluarga cuma sederhana, tapi apa yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai.Mudah-mudahan kalian pun begitu juga. 

Ok lah... memandangkan puasa pun dah setengah bulan dah jadi ku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan selamat menyambut bulan syawal yang bakal tiba dengan penuh kesederhanaan dan kemewahan rasa kasih rasa menghargai peluang yang ada bersama keluarga, rakan-rakan dan siapa sekalipun. Sebab kita tak kan tau sama ada kita akan punya kesempatan untuk mengerjakan nya dan meraikannya.Owh ya, zakat fitrah pula jangan dilupa. Kalau kat Sarawak kadarnya cuma RM 6.20 sahaja. Kat semenanjung pun sama jugak kan? Tidakla sebesar mana, jadi jangan lah dilengah-lengahkan ya.

0 comments: