BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 21 April 2011

Malas Tapi Nak Jugak!

Salam all... ini hari aku rasa teringin nak update blog yang dah lama aku teringin.  Serius, aku semakin malas nak mengadap blog. Bukan apa, line tak berapa bagus la pulak. Sure korang boring bila dengar alasan aku nih kan? Tapi itu la sejujurnya..  Aktiviti-aktiviti aku kebelakangan ini :

BERDISKUSI/ MENGUMEN (pendek kata - tukang kaki komen yang aktif kat group kitarang)

For the past few weeks, itulah kerja aku, menyerlahkan bakat diri aku yang pandai nak mengomen atau banyak LOYAR BURUK kat FB. Rajin laa aku melepak kat group kita rang. Bukan apa, lucu bila bersembang menggunakan bahasa ibunda. Dah tu, percayalah yang satu gambar boleh bawak berjuta-juta kesah. Ada korang kesah ke? hehehheheh Aku tak kesah kalau korang tak kesah pun.

MENONTON MOVIE ASTRO YANG MEMBOSANKAN GILA!

Haaa... yang nie almost every time every day aku buat, kekadang movie yang tengok aku, bukan pasal aku tetido, tapi sibuk melayan game bebudak kecik tahap 1 je. main padan-padankan warna la kiranya. Motif? Nak menajamkan IQ kunun. HAPRAK tul kan?

LAYAN PERASAAN

Haaa yang ini memang most of the time, bukan aku jiwa2... aku layan perasaan ngan belek magazine, katalog, dan blog orang lain. Yerlah berangan2 la kira nya tu.. Waa indah sungguh bila berangan2 nih.. selain daripada aku jadi pengulas tetap cerita CINTA ANTARA KITA kat tv 3 tu. Tapi paling aku tak gemar bila tiba je masa nak tido aku asyik2 terfikirkan "Esok ari nak pakai baju apa?" "Esok ari nak buat apa?", "Esok ari nak settle preparation tender" dan macam2 la esok arinya. P aku jugak lah yang kaya nak menangguh2 tugasan. Aku malas nak buat keje pejabat kat umah, bila dah kat pejabat aku malas nak buat keja itu. Ngek tul kan?

Sebenarnya lah kan, aku ada banyak lagi aktiviti yang aku nak listkan termasuk lah aku P MENGUNDI. hahahah, Menunaikan tanggungjawab tu, korang ada ke? Mesti lah ada kan? korang kan sama bertanggungjawab macam aku. Yelah semangat patriotik kenegeraan tu ada. (ntah apa2 la yang aku rapek kan ni kan? Aku nak cite lebih tak leh coz UNDI ADALAH RAHSIA). 

Insiden pagi tadi, ada orang puji aku. Hahahah kelakar tapi aku cover ngan senyuman dan ucapkan terima kasih je lah.. THINK POSITIVE.. kata kakak itu, Dyana... ko ni makin cantik, ada2 saja penampilan baru tapi menyenangkan mata, tapi nape ko tak kawin-kawin lagi.  HAIYO akak! geram pun ada dengan ayat2 nya itu, tapi dah lali dah. Aku pulak menjawab selambe... Alah, akak carikan je  dulu, kalau sesuai ok la. Hahahahah, dan akak itu pun terdiam. Pasal, sebab dia tau aku dah bengang... dan aku takda masa nak berkhutbah sebab aku lom  biometric punch ag. Matilah aku pecah rekod datang rite on time sekali sahaja dalam ini tahun. Dahsyat kan? hahahahha  Dahsyat malas nya aku. 

Melihatkan situasi di atas sekali dalam bentuk tulisan, sapa la nak suke kat aku kan? huhuhuhuhu P tak kesah lah.. janji keje aku siap, dan orang senang ngan aku, aku yang pemarah lagi tegas. Dan ini malam kawan aku post satu link yang hebat untuk direnung-renungkan bersama, KENAPA LELAKI KAWEN LAMBAT. Jadinya aku yang mudah tertarik nie, share la link tu kat wall aku. Dapat la aku respon dari sorang teman FB. Dan tak pasal2 la pulak orang tu cakap aku terlalu memikirkan pasal jodoh, walhal aku tak lah terlalu memikirkan cuma TOPIK : JODOH itu, selalu la berkumandang kat telinga aku. Aku on je bila perlu untuk berbahas berkenaan perkara ini. Sekadar berkongsi pendapat tak salah kan?

Selain itu, aku jugak melayan BERSAMA MU tadi. Kisah pasal Kanak-kanak Down Syndrome. Aku boleh menangis tersedut2 hingus jernih... terharu la sangat2 aku tengok ketabahan ibu2 dan cikgu2 KIWANIS tu. Dan betapa aku terharu dan kagum dengan auntie aku. Betapa aku sayangkan sepupu aku, MIA... rasa nak je ke KL waktu-waktu ni. Kalau auntie baca blog aku, aku sayang bangat sama kamu dan MIA!... MISS U BOTH. 

Ok lah... abis dah idea aku nie... abis dah ku terjemahkan di blog ini. Takdanya benda yang ilmiah yang aku kongsikan pun kat entri ni, yang ada pasal aku je ni. So jangan marah jangan BUHSAN pulak la ye.  Saje-saje jer...

Wassalam....


0 comments: