BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 16 Julai 2011

AMARAH MELAMPAU

Penat menunggu, menunggu hampir 15 minit. Boleh mendatangkan marah. Serius rasa sabar hilang seketika masa menanti luggage aku. Asyik2 pusingnya beg yang sama. Beg-beg kami bila pulak nak sampainya? Sesudah sampai, waktu nak keluar polis bantuan yang jaga kat post tu pulak kedekut, kedekut ngan senyuman. Menunggu lagi aku dalam 10 minit di luar. menunggu dengan rasa tak sabar nak tengok Mia si comel. 
Ku perhatikan handphone ku, tiada mesej atau misscall yang ku terima. Owh ya sejak beberapa hari dalam minggu ni aku asyik dapat panggilan yang mendesak. Berapa kali aku katakan yang aku bukan bos. Aku takda kuasa nak mempercepatkan sesuatu. Sabar je la. Tapi... ahh susah nak cakap, masih jugak nak call dan itu mencetuskan rasa marah ku yang dah berkurangan. Tau tak aku terasa ngan mereka yang menanti aku. Tak seorang pun bagi tau mereka ada kat mana. (hal kecik je kan)... tapi kalau dah terasa tu nak buat macam mana. 
Udah tu ada lagi manusia yang nak berhenti bersembang-sembang. Bila aku hon marah pulak. Yang membuatkan aku bertambah marah apabila tak seorang pun cuba bercakap. Sebab semua orang takut kot bila aku marah. Kalau aku buat macam biasa pun mereka tetap tak nak bercakap. Sebab aku kenal mereka tapi mungkin mereka tak kenal aku. Aku cepat panas tapi cepat jugak cool. Tak semua orang faham dan aku tak harap mereka untuk faham pasal aku lagi. Pokok pangkalnya aku punca segala-galanya sebab aku tak mampu mengawal rasa marah ku. Jika diiangatkan agak lama aku tak semarah macam ini. Mungkin, barangkali aku kerap menerima mesej "jangan marah, jangan marah , jangan marah". 
Salam... itulah situasi sebenar yang berlaku semalam. Waktu aku di Lapangan Terbang Miri. Kesian mereka yang tak tau apa-apa kene trauma. Paling kesian mak dan ayah ku. Mereka tak tau apa-apa. Sesampai ku di rumah aku katakan aku mau pulang. Mak waktu itu tengah sibuk menguli-uli tepung. Aku kira mak mesti nak buat bubur puteri berendam. Bubur kesukaan ku. Selepas aku mengatakan aku mau pulang, mak ngan ayah terkejut. nampak air muka mak berubah. Tapi aku tak mau mak ngan ayah terima nasib sama macam mereka bertiga yang terlebih dahulu terkena tempias amarah ku.

Dalam perjalanan pulang, aku terima mesej yang pada aku betul-betul memilukan hati aku. Aku tau aku salah, dan telah membuatkan hati mereka terluka. Aku cuba minta maaf tapi tiada pun kata-kata yang menunjukkan mereka mahu memaafkan aku. Aku teruskan perjalanan ku, setelah aku tahu cuma itu tanggapan mereka pada aku. Semarah-marah aku, tak pernah pun terlintas di hati aku untuk mahu membenci mereka. Sedangkan mereka sanggup. Sanggup untuk buang rasa sayang, rasa rindu pada aku. Aku masih terasa lalu aku katakan saja, buang saja aku terus dari hidup kalian. Anggap lah kamu tidak pernah kenal aku, dan sememangnya aku memang tak layak dalam hidup kalian. Terasa kah mereka dengan kata-kata aku? Pasti, tapi tidak kah mereka sedar yang aku pun turut terasa. 

Sakit sangat bila aku dah melukakan perasaan orang yang aku sayang, orang yang benar-benar rapat dalam hidupku. Lebih menyakitkan bila aku ada masalah dengan kawan-kawan lain mahupun dengan boyfriend aku yang terdahulu. Tapi tak siapa pun mengerti. Aku terus dihukum dengan rasa bersalah. Sedihnya aku, tiada siapa pun yang datang untuk menenangkan perasaan aku. Aku rasa aku betul-betul tak berdaya. Tak berdaya untuk hadir menduduki ujian petang ini. Aku rasakan semuanya dah hilang. Semua yang aku pelajari langsung dah tak ada rasanya. Untuk ujian petang ini aku hanya mampu berserah. Kata kawan ku, kau anggap saja ini dugaan. Tak kan ada yang lancar di dunia ni. Siapa tahu Allah nak bagi nikmat selepas ini. Jujur aku katakan tiada apa lagi yang aku harapkan selepas ini. 

Kadang-kadang aku rasa lebih baik aku tiada lagi. Mahu saja ku rempuh penghadang jalan di depan, mahu saja ku rempuh tembok jambatan biar aku hilang. Tapi aku kenang mak dan ayah ku. Kesian mereka nanti terpaksa menanggung malu, paling aku tak mau kesian mereka terpaksa pulak menanggung hutang-hutang aku di bank. Saat ini pun air mata aku tidak pernah berhenti mengalir. Sebab aku tak suka buat orang lain terasa ialah nantinya yang akan lebih terasa ialah aku. Aku la yang akan menangis, bermuram durja sepanjang masa. Terpaksa lah aku belajar menerima hakikat bahawa aku sudah tidak punya teman sejati lagi. Teman sejati aku dah merajuk dan fobia kat diri aku. Gara-gara aku pemarah. 

Walaupun dia juga pernah membuatkan hati aku terluka sebelum ini, membuatkan aku benar-benar terasa dengan kata-katanya sebelum ini. Aku tak pernah lupa itu semua. Seolah-olah aku mengganggu hidup bahagia mereka. Aku pernah terima itu dari dia. Pernah juga aku terima kata-kata , jangan keluar dengan anak-anak aku, nanti mereka pulak yang tak pasal-pasal kena simbah asid. Aku masih ingat itu. Sungguhpun aku tak pernah lupa, tapi tak pernah pula aku terfikir mahu membencinya. Sebabnya aku fahamm, waktu itu aku diugut, keluarga aku diancam. Aku juga tak mau adik-adik ku menerima musibah. Waktu dia mengatakan aku mengganggu hidup mereka pun aku faham... Sudah lama dia bersedih, mungkin saat ini dia rasa gembira kerana kehadiran seseorang. Dan aku? aku hanya mengganggu perbualan mereka. Maaflah, kalau aku nampak aku tak kan call korang, tak kan ganggu korang, sebab KL dan Limbang jauh. Aku cuma terasa tapi tidak pula aku mahu membenci mereka. Tidak kesampaian rasanya. Tidak terdaya tidak sanggup rasanya.

Tapi, apabila aku terlepas rasa marah, mungkin juga selalu, Lalu aku cuba untuk mereka lupakan. Tak apa, mungkin mereka masih marah, masih terasa. Biarlah, kerana semuanya salah aku. Ahh... bila ini semua berlaku, kekadang aku rasa dunia aku dah berakhir. Ironinya, masa putus cinta aku tak lah menangis seteruk ini. Lepas tido bangun esok harinya aku akan okay. Sebab aku tau dia bukan jodoh aku. Tapi bila melibatkan keluarga sendiri aku tak boleh. Aku tak mampu. Pagi tadi aku terima msg dari dia. Mengatakan yang dia tidak sanggup mahu berjumpa aku lagi buat masa ini. Sekali lagi hati aku remuk. 

Inilah akibatnya kalau terlalu rapat kan? Sudahlah rajuk ku pada teman rapat di sini tak hilang lagi, ini bertambah pulak. Sekali lagi aku salahkan diri aku, kerana tak pandai nak kawal perasaan marah aku.Ahh sudahlah Diana, jangan kau tangisi kerana kau tak kan temu rasa bahagia, rasa senang dari tangisan itu. Berhentilah menangis, hadapi lah dunia nyata, berubah lah kau untuk diri kau sendiri. Orang tak kan selama-lamanya senang dengan diri kau sendiri. Kau mulakan hari ini sebagai permualaan dengan membahagiakan orang lain. Tak pun semua cukuplah kalau mak dan ayah kau senyum bila kau pulang nanti. Ingat tu, orang tak kan selama-lamanya akan senang dengan diri kau. Kau buang lah yang negatif, nampakkan yang positif pada diri kau. Jadikan hari semalam sebagai peringatan.

Berpijak lah di bumi nyata, tak kan mati kalau tiada siapa yang memahami perasaan kau sendiri. Kalau orang tak faham dirimu, cukuplah kamu faham dirinya. Biarlah mereka senang, kerana kau hanya akan beroleh rasa senang jika kau membahagiakan orang lain. Berhenti lah kau mengharap orang akan faham tentang diri kau, siapa kau. Hanya Allah saja yang benar-benar mengenali siapa kau. Kau harus menangis kerana dosa kau pada Nya. Sudahlah sudah... kau sudah tunjukkan rasa kesal kau, kau sudah minta maaf biarlah orang itu yang memutuskan untuk menerimanya. Kau teruskan lah bertenang, walaupun agak kekok. Tenang lah Diana

Ini adalah apa yang aku rasa saat ini. Bukan mahu membuka pekung di dada. Tapi sekurang-kurangnya biarlah korang dapat satu pengajaran di sini. Orang yang marah-marah selalu rugi. Dalam hal ini aku lah yang rugi. Rugi yang tak mampu nak dihurai tak mampu nak dikelaskan lagi. Kalau korang rasa entri aku ini mengada-ada pastinya korang tak pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Mungkin juga korang tak berjiwa sensitif seperti aku. Ini aku nak tunjukkan sebenarnya, betapa keciknya hal itu, betapa remehnya hal itu, boleh menjadi besar hanya kerana bila hati sudah terasa dan ego yang tebal menempek kat hati tu. Dan betapa sakitnya kata-kata daripada tamparan. Kalau anda juga pemarah seperti ku, kawal lah rasa marah tu kawal rasa baran tu. Sesal tak sudah nanti.


0 comments: