BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 17 Julai 2011

Pesan Mak...

Sudahlah, jangan dikenang jangan diikut rasa hati itu. Ko kan tau macam mana nak handle. Sabarlah, nanti-nanti dia akan okay. Tak pun ko je yang mulakan langkah dulu. Pergi lah ke sana. Buat macam biasa.
Itulah yang mak aku cakap dari semalam sampailah ke pagi tadi. Aku nampak kesan nya, kalau aku sedih mak ayah pun akan turut terkena tempiasnya. Ahh beruntungnya aku bila mempunyai orang tua seperti mereka. Terima kasih Allah. Sehingga lah jam terakhir aku di rumah. Emak masih lagi bercakap perkara yang sama. Aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala sahaja, sambil meneruskan aktiviti ku. 
Tak mak, bukan saya tak nak tapi saya tak mampu. Tak pelah. Saya tak nak orang lain tak selesa. (Berlinangan lagi air mata ku)
Seusai aku siap berkemas, aku pun bersama mak mula mengemas barang-barang dan memasukkan beg-beg baju ke bonet. Kali ini, ku perhatikan mak aku mengikut aku ke mana saja. Ayah pun begitu. Seakan-akan tak mau terlepas pandangan dari anak nya yang sorang ini. Adik cuma curi-curi melihat. Namun ku tahu pasti rasa hiba yang bersarang di hatinya. Ku tutup bonet, dan terus ku salam ayah dan mak. Ku peluk mak erat-erat dan aku menangis lagi. Mak juga turut menangis. Ku katakan ;
Mak, mungkin raya nanti saya balik lagi mak. Lama lagi baru saya pulang. Terus adikku mencium tangan dan ku peluk erat adik ku. Ku peluk lagi mak. Ku tenangkan mak dengan berkata Insyaallah mak, kalau ada mesyuarat nanti saya singgah lagi k mak. Dan mak berpesan buat kesekian kalinya. Sudahlah, jangan terlalu diikut rasa. Buat kerja elok-elok. Jangan sedih-sedih. Ingat jangan terlalu diikut rasa. Aku menoleh senyum dan terus berjuraian lagi air mata ku. Mak pun begitu, adik ku lihat sudah mula berlinangan air mata. Ku toleh ke depan masih kosong. dan aku terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan rumah dengan berat hati. Sempat juga ku dengar ayah melaung memesan jangan lupa call bila dah sampai,
Kalau korang ada di sana pasti korang akan hairan kenapa mesti terlalu emosinya pemergian ku kali ini. Penuh dengan drama air mata. Yerlah aku cuma balik Limbang, yang perjalanannya cuma memakan masa empat jam sahaja. Bukan nya ke Paris atau ke Mekah. Tapi, ahh hanya aku dan mereka saja yang mengerti. Mak dan ayah dapat rasa betapa terkilannya aku pulang kali ini, betapa hampanya aku pulang kali ini. Kali ini aku pulang dengan rasa disisihkan, rasa tidak dipedulikan. Tiada gelak tawa dan seakan-akan segala-galanya berubah. Sepanjang perjalanan aku menangis. (macam buat VC Kebahagiaan dalam perpisahan jee).

Apa-apa pun mak, akan ku kenang pesan mak, walau rasa sedih masih berbaki. Tadi ku tanyakan pada adik. Reaksi mereka bagaimana, katanya biasa-biasa sahaja. Owh baguslah begitu, sememangnya aku sudah mereka buang. Tak apa lah... aku juga tak mau memaksa. Aku cuma mampu bersedih. Aku juga bukan mahu terus-terus dengan egoku, yang pastinya aku semakin jauh dari mereka. Biarlah Dyana. Sabarlah, bukankah sebelum ini mereka juga pernah berbuat begitu pada mu sebelum ini. Sabar sahaja, apa-apa pun semuanya berpunca dari kamu. Walaubagaimanapun, aku tetap akan terus ingat dan rindu pada mereka. 

0 comments: