BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 26 Mac 2011

Asyik-asyik DIKRITIK, PUJINYA pulak BILA!

Salam guys... Entri ini saya post bukan pasal saya nak tunjuk saya bagus saya hebat, atau kamu perlu jadi macam saya. Cuma saya rasa, saya perlu kongsi apa yang saya alami dulu, sekarang dan pastinya di masa depan berkenaan dengan "DUNIA KERJAYA". Sila gunakan budi bicara sendiri, komen atau pandangan adalah sangat-sangat saya alukan. Owh ya, kalau ada yang terasa saya minta maaf dan saya harap kamu dapat ambik nilai-nilai positif. Jangan kondemn diri kamu sendiri ya. Kalau rasa saya salah pun tak apa. Saya tak kisah... Ini semua subjektif dan post adalah berdasarkan persepsi saya dahulu dan kini. Owh ya, jawatan saya tetap sama... belum lagi naik pangkat. hahahahahahah Perlu juga ada rasa minat yang cukup mendalam untuk baca entri yang panjang berjela-jela ni yer.. SEBAB... SERIUS ENTRI INI PANJANG SANGAT!


Ahhhhhh... GEEEERAAAMMM NYA!, semua salah itu salah, ini salah. Takda satu pun yang betuL ke di mata ko ni BOSSSSS?????? 

Ahhh sudah... singa betina dah mengaum!


 Uiiihhh... serius marah sungguh aku yer. Hahahahaha, Please be inform yer aku sikit pun tak marah waktu aku buat entri yang ni. Tapi saja jerk aku bagi gimik. Mesti ada kan salah seorang daripada kalian pernah meluah rasa geram kan seakan-akan ayat aku kat atas. Mesti ada kan? Tipu la kalau tak da. Jujur ya, aku penah gak merepek, menggumam sendirian seperti di atas. Depan rakan sekerja pun pernah. Depan bos pun aku penah gak. Nangis depan, belakang, kiri, kanan bos pun aku penah



Lebih Kurang cam ni laaaa

KECUALI, nangis sujud kat kaki bos atau kat bawah bos. Yang itu tak kan berlaku sekali-kali. Gila ko kalau aku nangis sujud kat kaki bos nak-nak lagi kat bawah bos. Tu dah penderaan seksual tu. Hahahahahah.

Yang macam ni pun aku TAK PENAH BUAT LAGI OKAY!   


-








HAAAAA YANG MACAM NI OFFICE MATE AKU PENAH BUAT (hampir-hampirla)  


Kalau orang veteran yang dah 15 taun keja nangis cam ni jadi PILU tau. Aku sendiri PILU tengok die nangis cam tu. TAPI, bila esok harinya aku tersenyum sendiri ingat die nangis tersedan-sedan. ---> JAHAT NYA AKOO!
  
Okay... Straight to the point lah yer. Reason aku post entri sebegini hari ini kerana aku perasan ada rakan-rakan sekerja aku yang baru masuk kerja rasa macam ni. Haaaa... jangan tak tau yer, aku concern tu semua. Aku nampak tu dari air muka kamu. HUHUHUHU Nape? Sakit hati kan tengok orang lain relax-relax, makan-makan, shopping-shopping kan? Dan awak tengok saya rehat-rehat sembang-sembang kan? Tapi awak perasan tak yang saya sembang-sembang tu pasal apa? awak perasan tak waktu saya sembang-sembang tu jari-jari saya duk menari-nari depan keyboard. Tak... awak tak perasan tu semua. Yang awak semua perasan saya panggil dan arahkan awak untuk buat itu, buat ini, saya jerit itu, jerit ini, saya suruh awak save itu save ini, scan itu scan ini. 



Nak tau tak? itu lah apa yang saya rasa jugak bila setiap kali saya dilambakkan kerja walhal kamu boleh lagi membalas komen di FB, boleh lagi bergayut mesra di telefon, tengok-tengok katalog dan sebagainya.Tapi saya tak tuduh kamu malas ya... saya tak tuduh kamu curi tulang. Pada saya, biarlah, kamu juga manusia perlu rehat, perlu juga bersosial. Jadinya jangan sedih jangan tak puas hati kalau di suruh. Pasalnya? aku dah rasa apa yang kamu rasa, dan aku juga rasa apa yang kamu rasa kamu tak rasa. Faham kan?


EVERYDAY IS A LEARNING PROCESS
  •  Tau tak apa pasal IPTA / IPTS dedahkan dan wajibkan Latihan Praktikal kat student-student mereka? Sebab nya, dunia bekerja sama sekali tidak sama dengan dunia teori. Dunia kerjaya cukup kaya dengan praktikal iaitu pengalaman, skill dan sedikit teori. Kritikan, kutukan, hinaan, kesilapan dan kegagalan semua itu adalah CIKGU yang terbesar dan terhebat sekali kalau nak berjaya. Bukan lah maksud saya, kalau kita pernah dikritik, dihina atau gagal kita akan jadi orang yang hebat. TAPI, kita akan jadi orang yang lebih baik, lebih hebat kalau kita ambik kira "POSITIF" terhadap kegalan itu dan bangkit.
KERJA KERANA APA?  
  •  Yang ini cukup subjektif, tapi rata-rata orang kerja kerana DUIT, kerana KEPUASAN. Tapi sangat sedikit yang bekerja kerana IBADAH. Haaaa... pada yang kenal siapa saya dari luar dan dalam, pasti kata, "Eleh... die sendiri pun apa kurangnya... Asyik merungut saja bila di beri tugasan yang baru, asyik marah-marah saja di pejabat". Pasti ada yang kata begitu. Saya tak halang jika kamu mahu berkata seperti itu sebab saya pun mengakuinya. Itu adalah normal. Tapi saya juga sentiasa setkan diri kerja itu juga satu IBADAH. Sekalipun bukan untuk orang lain secara langsung, tetapi sekurang-kurangnya biarlah itu untuk diri saya sendiri.  
  • Kenapa???? Sebab, berdasarkan pengalaman saya sendiri, jika saya kata saya bekerja kerana KERAJAAN saya akan mula merungut, kerana pada saya sama sahaja. Bila saya setkan kerana DUIT, saya juga akan merungut sebab gaji saya pun tidak banyak mana. (tidak sebanyak kerja yang ditanggung). BIla saya kata kerana KEPUASAN, kepuasan yang saya alami adalah sementara. Tapi bila saya setkan saya KERJA KERANA KERJA ITU SATU IBADAH,  
saya dapati saya mampu bangkit dari kegagalan, saya kurang merungut dan semangat kerja itu ada. Terserah kepada kalian di luar sana.. mahu kata saya RIAK terserah lah... tapi jauh sekali tidak bermaksud sedemikian rupa.

TAKE IT EASY AND ENJOY BUT MAKE SURE YOU DON'T NEGLECT YOUR RESPONSIBLE!

  •  Boss aku pernah ajar aku bila die asyik tengok muka aku ketat semacam. Katanya, relax-relax buat kerja tapi pastikan kerja ko siap. Ko nak stress buat apa? Rehat la kejap, then sambung lagi. Yes, start from that day, aku ikut petua dia dan lain-lain senior. Hasilnya adalah lebih baik. Memang lah, masa mula-mula dulu aku stress pasal aku tak tau apa-apa. Cengeng sangat-sangat pasal waktu tu, umur aku macam kamu-kamu juga. Sekarang dah tua la sikit. Wei, nak matang dalam dunia kerjaya nie ambik masa tau. Saya ambik masa bertahun-tahun. Macam mana? pasal dah keja kat lain-lain bidang. Semudah-mudah kerja pun, tetap ada stressnya. Dah namanya kerja, pastilah MR. BEBAN pun ikut sama tul tak? 
BELAGAK JE KO NI! CUBA KO BUAT KO AGAK-AGAK KO MAMPU TAK BUAT SEBAIK AKU HAAAA!  Aku TUMBUK GAK KO NANTI!  
 (mesti korang penah rasa cam ni kan?nak-nak lagi bukan salah korang tapi koranggak yang kena  kan?)


Huhhuhuhu kalau ikutkan banyak lagi yang saya nak share, tapi almaklumlah saya ni sangat terkenal dengan malas nya. Lagipun saya kira, tidak ramai yang akan baca blog saya ini. TETAPI, jika anda merupakan Pegawai Pemerkasaan Siswazah, anda lepasan universiti degree holder atau apa-apa sekalipun peringkat pendidikan, PERCAYALAH, satu hari kelak anda akan melalui ini. 

Bagi Pegawai Pemerkasaan Siswazah, mungkin sekarang ini, anda cuma rasa diri anda ditindas dan tak layak menerima apa yang anda lalui sekarang ini, tapi tak apa... Nanti andai kata sudah ada rezeki kalian menjadi Bos Besar, ada anak buah anda pun akan rasa apa yang saya rasa. Mudah-mudahan andai tiba masa itu kamu akan tersenyum dan kenang balik macam mana keadaan kamu dahulu. 

Jadi nya... kena lah kongsi ILMU dan PRIHATIN SEDIKIT!



Sebab nya setiap kali bila saya tengok muka kamu terketat sedikit saya akan terkenang kisah saya dahulu. Owh dan percayalah, sekarang pun keadaan tekanan yang diberikan masih juga sama seperti dahulu, cuma kini saya sudah semakin mampu untuk handle diri saya dan kerja lebih baik dari dulu.

Macam ini lah lebih kurang, Confident sikit dari dolu- dolu kale!
  

Walaupun ada ketikanya, saya tergelincir, terlepas rasa marah saya cepat-cepat tersedar. Kalau anda pernah melalui apa yang saya rasa dahulu, anda pasti akan lagi stress. Dulu memang saya kata boss tak berhati perut, tapi sekarang ingin rasanya saya jumpa boss-boss terdahulu terima kasih kerana KEJAM kat saya. Bagi banyak tekanan kat saya. Trust me, bos yang KEJAM ni selalunya cikgu yang baik. Terserah pada diri je nak ambik macam mana. 

Kene reject oleh bos tu dah selalu, kene tolak secara berseni pun biasa, tapi yang penting kita teruskan usaha, dan JANGAN TAU NAK AMPU BOS JE YER! 





Kalau ada budaya macam ni, Kerjasama memang best... Nak dapat macam mana? TOLAK ANSUR le JAWABNYA... and do RESPECT EACH OTHER.

* Walaupun ada ketikanya aku degil aku kurang ajar, tapi jauh di sudut hati, aku cukup bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang aku penah dapat, apa yang aku penah diberikan. 



YANG PAHIT ITU UBAT, YANG INDAH ITU PADAH, 
PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA UNTUK JADI LEBIH BAIK
HARI INI JUGA AKAN BERTUKAR MENJADI SEMALAM, HARI INI JUGA AKAN BERTUKAR MENJADI SEJARAH, SEJARAH HITAM ADALAH PEMANGKIN SEJARAH YANG GEMILANG.

0 comments: