BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 5 Mac 2011

UNSANGKARABLE!

Salam... 

Unsangkarable sungguh... which is mean, sungguh tak ku sangka.Serius, betul-betul aku tak sangka akan ada yang ingat hari lahir ku, akan ada yang mengirimkan ucapan, sanggup menunggu pukul 12 malam semata-mata nak mengucapkan selamat hari lahir buat ku. Selama ini, ku rasakan betapa diri ini INVINCIBLE! Tiada siapa yang peduli. Rupa-rupanya aku silap.

Tidak ku sangka jua, menerima bungkusan comel dari Gombak. Sekali lagi aku terharu. Serius aku terharu. Walaupun hadiah tidak semahal mana, namun itu sudah memadai. Kesanggupan mengepos, dan tulisan ringkas di kertas B5 membuatkan aku menitis air mata. sesungguhnya aku sangat-sangat menghargai nya. Nak tau ape die? Nie die ...

Cute kan? Ku Gelarkan Miss Dolly 

Sekarang nie Miss Dolly ku gantung di dalam kereta. Sebab auntie nak die diletak kan di dalam kereta. Thanks sekali lagi auntie! Pada aku, harga tidak membawa apa-apa makna. Tapi yang penting keikhlasan, dan niat itu. Pada yang memberi SMS, thank u jugak, sebab SMS itu tandanya anda masih ingatkan saya, masih pedulikan saya. 

Owh... tidak ku sangka jua, blog aku mengguris hati seseorang, maaflah tiada niat ku untuk membalas dendam. Tidak sama sekali, kerana aku sama sekali tidak menduga yang blog aku akan dibaca oleh mu. Kamu... teringinkah kamu untuk celebrate birthday bersama ku? Tapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan bukan? Tidak mengapa, apa yang penting saya tau yang kamu tidak pernah buang saya jauh-jauh seperti orang lain. Bukan juga saya ingin menjauhkan diri saya dari kamu, tapi ada satu ketika, saya kira itu yang terbaik. Kerana? Kerana saya sedar saya siapa.

Erm.... apa-apa pun, hari itu 3 Mac aku celebrate aku raikan diri aku sendiri dengan sepotong Filiphino Cheese Cake. Menyedihkan bukan? Apakan daya aku jauh dari keluarga, dan aku tiada steady partner untuk meraikan bersama. Harapnya kalau aku berpeluang menjadi Isteri seseorang, aku nak celebrate dengan dia. Tapi itu pastinya lama lagi. Wallahuallam. Anyhow, ni kek aku semalam. Sapa yang pernah rasa memang tau sedap, sape tak pernah merasa cepat-cepatlah taste k.
Meraikan hariku dengan sepotong FILIPHINO CHEESE CAKE

Dan esok hari, aku akan ke Brunei bersama dua orang rakan baik ku. I wish i could bring my Family too.. But I cant. Esok kiranya outing buat ku. Kenapa Brunei? sebab Brunei ada pantai dan lebih dekat. Kenapa tidak Lawas atau KK? Sebab aku malas nak drive lama-lama dan sangkut kat Q. Nanti aku update blog and akan share kat korang picture pantai kat sana. P/S : Aku tak nah pegi lagi, tapi pernah tersesat jalan n tengok pantainya bersih.


0 comments: